> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Bagaimana untuk melanggan pelan EasyStore.

|| 📌Nota:
Hanya pemilik kedai sahaja yang mempunyai kebenaran untuk ke bahagian bil bagi menaik taraf atau melanggan pelan.
Maklumat mengenai kedai anda akan dikekalkan jika anda menaik taraf kedai semasa di dalam percubaan percuma. 

---

**Langkah 1 :** Tekan [pautan ini ](https://admin.easystore.co/settings/pricing)untuk ke Halaman Harga dan Pelan.

**Langkah 2 :** Tekan butang **"Select"** untuk memilih pelan yang diingini

Terdapat 3 pilihan pelan yang tersedia untuk anda pilih termasuk: 

* Lite
* Standard
* Business

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1lqhye2.png)

| 💡Tips: Bandingkan setiap ciri pelan dengan menekan butang **"See more features"**. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pelan dan ciri yang ditawarkan, anda boleh menghubungi kami dengan menekan [pautan ini](https://admin.easystore.co/?support) atau melalui butang Bantuan di navigasi sebelah kanan.


![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/screenshot-2022-09-27-121105_l90vqx.png)

**Langkah 3 :** Pilih kitaran langganan

Kitaran langganan yang tersedia:  

* Bulanan (Sebulan)
* Tahunan (Setahun)
* 2 tahun
* 3 tahun

**Langkah 4 :** Pilih kaedah pembayaran
Kaedah pembayaran yang tersedia:

* Credit card (Tersedia untuk langganan **Bulanan & Tahunan dan ke atas**)
* PayPal (Tersedia untuk langganan **Bulanan & Tahunan dan ke atas**)
* Banking / Debit Card (Tersedia untuk langgan **Tahunan dan ke atas**)
* 0% Interest Instalment (Tersedia untuk langganan **"MYR" Tahunan dan ke atas**)

**Langkah 5 :** Isikan maklumat bil

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_wgzvbh.png)

**Langkah 6 :** Semak ringkasan pembayaran dan bayar

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1bgi0i5.png)

---

### Cara manual pergi ke halaman bil

Langkah 1 : Log masuk ke [EasyStore’s admin panel](https://admin.easystore.co/)

Langkah 2 : Navigasi ke nama akaun anda (sudut kiri bawah) > pilih **Bil**


![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/screenshot-2022-09-27-121105_1m59vt5.png)

Langkah 3 : Tekan butang Naik taraf sekarang

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_my9sx1.png)