> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Bagaimana untuk tukar nama domain saya?

### Dalam artikel ini:

1.  Bagaimana untuk tukar domain .easy.co saya?
    
2.  Bagaimana untuk tukar domain tersuai?
    

## **1. Bagaimana untuk tukar domain .easy.co saya?**

Setiap kedai (percubaan atau langganan percuma) akan diberikan satu domain percuma yang dijana secara automatik. Domain tersebut dihoskan oleh EasyStore dalam format [https://storename.easy.co](https://storename.easy.co/). Sekiranya anda ingin menamakan domain berdasarkan nama kedai anda, anda boleh menambah domain tersuai dengan menekan butang **_Add existing domain_** atau **_Tambah domain yang ada_** di [Panel Admin Easystore](https://admin.easystore.co/home) **>** Saluran > Kedai Online > Domain atau menjana domain tersuai anda dengan menekan butang **_[Daftar domain baru](https://admin.easystore.co/settings/domain/new)_** atau **_[Register a new domain](https://help.easystore.co/en/articles/506112-register-and-purchase-a-new-domain-through-easystore)_** dengan EasyStore atau penyedia perkhidmatan domain lain.

Domain ini dijana mengikut nama kedai yang didaftar semasa pendaftaran kedai. Misalnya, jika anda memilih nama kedai anda ABC 123 semasa pendaftaran kedai, kedai ini akan diberi domain [https://abc123.easy.co](https://abc123.easy.co/).

Oleh itu, sekiranya anda ingin menukar domain ini menjadi [https://xyz789.easy.co](https://abc123.easy.co/) misalnya, anda boleh wujudkan kedai baru dan menamakan kedai XYZ 789. Anda sebenarnya juga boleh [mewujudkan kedai baru menggunakan akaun e-mel yang sama](https://help.easystore.co/en/articles/3745924-membina-kedai-baru-menggunakan-akaun-email-yang-sama).

Anda sangat digalakkan untuk [menambah domain tersuai untuk kedai anda](https://help.easystore.co/en/articles/3754994-tambah-domain-khusus-untuk-kedai-anda).

## **2. Bagaimana untuk tukar domain tersuai?**

Domain tersuai merujuk kepada domain unik untuk kedai anda seperti domain **.com** atau **.com.my**. Untuk domain tersuai yang dibeli / didaftarkan melalui EasyStore, domain tersebut tidak dapat ditukar setelah domain tersebut disahkan oleh penyedia domain. Namun, anda dapat [menambah beberapa domain untuk kedai anda](https://help.easystore.co/en/articles/3754994-tambah-domain-khusus-untuk-kedai-anda) pada masa yang sama.