> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Diskaun - Kuantiti pembelian minimum (produk terpilih)

## Terdapat di dalam plan:

*   Free trial
    
*   Lite
    
*   Standard
    
*   Business
    

## Artikel ini mengandungi :

1.  Tentang diskaun ini beserta contoh
    
2.  Membuat promosi
    
3.  Tetapan promosi
    
4.  Syarat tambahan
    

### 1. Tentang diskaun ini beserta contoh

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/daf55414b5f48800/421e5d04-a8b9-4aaa-b5c8-1ace31_1t49xqk.png)

1.1 Diskaun ini akan memberikan **potongan untuk minimum kuantiti yang dibeli bagi produk terpilih.**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/26642d7d7dc9ca00/14fd6632-a08b-43de-b595-f86088_12rsit7.png)

Contoh:

**Dapatkan dress dengan harga $20 jika beli 2 helai dan ke atas. Harga asal : $50  **
**Jika pelanggan membeli 3 helai dress, pengiraan akan menjadi = $20 + $20 + $20**

### 2. Membuat promosi

2.1 2.1 Pergi ke [EasyStore Admin](https://admin.easystore.co/) > Promosi > Tambah promosi > Pilih **Potongan 20% dengan minimum perbelanjaan 2 epal.**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/f70b20eb069e6800/494015de-7ebc-44bc-a5a3-00f388_100kjvt.png)

2.2 Masukkan tajuk promosi yang dikehendaki ::

**Tajuk promosi** - untuk rujukan anda sahaja, tidak ditunjukkan kepada pelanggan.

**Tajuk paparan di kedai atas talian** - akan dipaparkan kepada pelanggan di pelbagai halaman

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/97957e9ccb0f0000/c183a3f4-3c2f-4089-89cf-c32d2a_zdyvuv.gif)

### 3. Promotion settings

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/532dc9315c9bd000/c46973b5-9e0e-4bd1-8f31-79639a_ivu4jc.png)

**Terpakai untuk**

Pilih produk / varian / koleksi yang akan diberi potongan (jika tidak terdapat dalam senarai drop-down, masukkan nama di bar carian untuk mencari item).

**Kuantiti minimum untuk mendapatkan diskaun**

X, di mana pembelian X item terpilih atau ke atas akan mendapat ptongan untuk semua item terpilih

**Pilihan diskaun**

Potongan mengikut peratusan - diskaun sebanyak Y% dari harga barang  
Potongan dengan jumlah tetap - diskaun sebanyak $ Y dari harga barang  
Tetapkan kepada jumlah tetap - diskaun kepada jumlah tetap $ Y

**Tarikh aktif**

Tetapkan tarikh mula promosi. Untuk menetapkan tarikh tamat promosi, nyah tanda 'Tanpa tarikh luput' dan kotak pilihan akan muncul.

  
  

### 4. Syarat tambahan

4.1 Syarat-syarat ini adalah pilihan dan anda boleh membiarkannya sebagai lalai sekiranya tidak berkaitan.

4.2 Sekiranya berkenaan, pesanan yang memenuhi semua syarat dalam tetapan promosi di atas juga harus memenuhi syarat tambahan di bawah untuk menikmati promosi.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/41d0ab178dae0800/d2071154-78f6-4c60-ba30-3f1b92_147jed7.png)

**Kod baucer** - jika berkenaan, pelanggan mesti menggunakan kod baucar semasa pembayaran  
**Sasar pelanggan** - siapa yang boleh menggunakan promosi ini  
**Had penggunaan stor** - berapa kali promosi ini dapat digunakan secara total  
**Had penggunaan bagi setiap pelanggan** - berapa kali setiap pelanggan boleh menggunakan promosi ini

| 💡 Tips yang anda perlu tahu||| 

Setelah selesai, anda boleh merujuk Ringkasan di sebelah kanan untuk mengesahkan sebelum menyimpan (setelah disimpan tidak dapat diedit).

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/daac960ddd861800/bb9046ee-aa56-40f4-a938-e5731a_1m7858e.png)

*   Warna label promosi boleh diubah, rujuk [guide](https://help.easystore.co/promotion-tools/storefront-promotion-visual-setting) untuk arahan.
    
*   Satu pesanan hanya boleh menggunakan satu kod baucer..