> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Gunakan EasyStore sebagai laman web katalog / kandungan (tidak tunjukkan harga)

Anda mungkin memerlukan laman web yang menggunakan kos yang rendah, senang dan mudah digunakan untuk menunjukkan katalog produk atau kandungan seperti profil syarikat, butiran perhubungan dan lain-lain lagi. 

Easystore nampaknya merupakan pilihan yang tepat untuk anda tetapi cuma satu perkara - anda tidak mahu menunjukkan harga dan shopping cart sistem. Berikut merupakan cara yang boleh anda lakukan untuk menyembunyikan sistem ini dan seterusnya menggunakan Easystore sebagai laman web katalog / kandungan anda. 

## Dalam artikel ini: 

1.  Sembunyikan butang 'Tambah ke troli' dan harga dari laman utama. 
    
2.  Sembunyikan harga dari halaman produk ( butang 'Tambah ke troli' akan disembunyikan secara automatik.
    
3.  Sembunyikan butang masuk utama dan butang membuka akaun.  
    
4.  Sembunyikan bar atas butang troli. 
    
5.  Sembunyikan bar atas butang troli (Untuk tema Wave, Lucky atau X-Force sahaja).
    
6.  Sembunyikan harga dalam hasil carian produk

||| ⚠️ Harap maklum: Semua pengeditan kod, anda perlu mengedit semula kod tersebut sekiranya anda beralih ke templat tema yang baru.

### 1. Sembunyikan butang 'Tambah ke troli' dan harga dari laman utama. 

1.1 Untuk menyembunyikan butang 'Tambah ke troli' dan harga dari laman utama, pergi ke Admin Easystore >  Kedai Online > Tema > Mengubahkan sumber > folder **snippets/product-grid-item.liquid** > dalam lingkungan baris 34, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/68d6fc10b1dfe000/39df0f14-462c-4f63-ac3d-5fdf7f_nqilev.png)

1.2 Selepas itu, dalam lingkungan baris ke 55, delete, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/48cbf49d2115c800/a774f810-85e9-4051-b6e6-36243c_1s8uylq.png)

1.3 Untuk menyembunyikan harga produk, dalam folder yang sama > cari grid-link_meta > padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/9dfdc6683996a800/0fab088a-80ff-4e44-ad50-71685f_8z0j7q.png)

1.4 Siap.

---


### 2. Sembunyikan harga dari halaman produk ( butang 'Tambah ke troli' akan disembunyikan secara automatik.

2.1 Pergi ke folder **templates/product.liquid** > cari `product-single__prices` > padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti yang di bawah > Simpan. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/159f3016b7e19500/c0d20a3e-6fa1-47a6-bfcf-2df9be_v6insq.png)

2.2 Siap.

**Sebelum:**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/354c7723b6f39c00/3bb12d92-1252-4db3-9fde-113709_1hec8ol.png)

**Selepas:**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/4944da29773b1000/410dec9b-875e-49cf-a291-edd911_u7hm04.png)

---

### 3. Sembunyikan butang masuk utama dan butang membuka akaun.

3.1 Pergi ke Admin > Tetapan > Checkout > Tetapan Checkout > Pilih Akaun telah dimatikan > Simpan. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d60424264abf480/5c3ba5af-b47a-4178-a69e-ac574f_1gzcmpt.png)

3.2 Siap dan ini hasilnya:

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e1487ee744a5e800/db27e99b-7cce-4f71-9e33-e35f34_17lqpq7.png)

---

### 4. Sembunyikan bar atas butang troli.

4.1 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli bagi paparan komputer, pergi ke Admin > Kedai Online > Tema > Mengubahkan Sumber > folder **snippets/header-bar.liquid** > dalam lingkungan baris ke 56, padam bahgaian yang diwarnakan (kelabu) > Simpan. 

|| 📌 Nota : Bahagian pertama akan memadamkan ikon cart dan bahagian kedua akan memadamkan perkataan Cart. Jika tema anda tidak mempunyai perkataan Cart, anda hanya akan mencari garisan dengan titik merah di bahagian depan untuk dipadam

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b3c7eefb3d04e000/3b2a814c-7b79-4019-9b05-454fc0_iqi98m.png)

4.2 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli bagi paparan mudah alih, dalam folder yang sama dalam lingkungan baris ke 82, padam bahgaian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan.

|| 📌 Nota : Jika tema anda tidak mempunyai perkataan Cart, cari garisan dengan titik merah di bahagian depan untuk dipadam

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/9eb95178111d6800/b96466f7-2aed-425f-9379-a10c8e_1ynnoa0.png)

4.3 Siap.  

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/1ca26b603931cd00/a3518f12-0fd2-4b66-9bc2-49a481_qikxk2.png)

---

### 5. Sembunyikan bar atas butang troli (Untuk tema Wave, Lucky atau X-Force sahaja)

5.1 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli bagi paparan komputer, pergi ke Admin > Kedai Online > Tema > Mengubahkan sumber > folder **snippets/header-bar.liquid** > cari `cart-page-link-wrapper` dalam lingkungan baris ke 106, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/9466d4260d3b1000/a8830b93-2aae-48d0-9926-5ce36f_1gujbmd.png)

5.2 Untuk menyembunyikan bar atas butang troli dalam paparan mudah alih, pada folder yang sama> cari `Mobile Cart` dalam lingkungan baris ke 138, padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/5505590c5888c000/10ee414e-275e-46ff-947d-3023ba_1p132y5.png)

Hasil:

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/51998b8a3fefcc0/f079a582-a246-4b07-a9c6-21ed30_y3ebmz.png)

---

### 6. Sembunyikan harga dalam hasil carian produk

6.1 Pergi ke folder **snippets/search-result.liquid** > padam bahagian yang diwarnakan (kelabu) seperti di bawah > Simpan.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/47c2c1e0b157e800/9c440934-de2b-4324-b0d4-1afb17_1f7ctkx.png)

6.2 Siap

**Sebelum:**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/40811298c3f7a400/4fb65a55-cf67-4116-b7d9-064296_1p34e4l.png)

**Selepas:**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/5eceda4bcbb8fc00/b703c57c-bc18-4760-9f9e-68378e_zp243f.png)

---

### 7. Sembunyikan harga untuk produk terpilih

Untuk menyembunyikan harga produk, pastikan anda membiarkan harga **produk & perbandingan harga** dengan lajur harga dengan nilai kosong

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/a42bb4acb5626800/3de31ee3-317d-49e6-854f-46663f_1io3w1q.png)

Apabila harga produk RM0, ia akan dipaparkan di laman web anda. Langkah di bawah adalah menyembunyikan harga RM0.00 di halaman koleksi dan halaman produk

**Langkah 1**: Pergi ke Saluran> Kedai Online > Mengubahkan Sumber> **product-grid-item.liquid**

**Langkah 2**: Cari `<p class = "grid-link__meta">` di sekitar baris 88 dan tampal kod ini di atasnya `{% if product.price > 0 %}`

**Langkah 3**: Salin kod ini `{% endif%}` dan tampal di bawah `</p>`

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/56497681a7579c00/8d68ed04-9057-4fc3-bfd0-062274_1uy8oxl.png)

**Langkah 4**: Simpan

**Langkah 5**: Pilih fail **product.liquid** dan cari `<div class = "product-single__prices">` sekitar 70+> tampal kod ini di atasnya `{% if product.price> 0%}`

**Langkah 6**: Salin kod ini `{% endif%}` dan tampal di bawah `</div>`

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/416f834d892ae000/3c825c7a-4540-43ad-8b51-f121d1_2b3en5.png)

**Langkah 7**: Simpan

**Sebelum:**

Paparan harga RM0 di halaman koleksi

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/65935cb0bb299c00/24605595-9fbf-4f36-8a65-7c67d3_1h68pui.png)

  
Paparan harga RM0 di halaman produk

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/9acd2a4041f00000/78527771-6d76-4411-8e3c-91b415_e2l3ih.png)

**Selepas:**

Tiada paparan harga di halaman koleksi

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/c4f67c11f7aa9800/5d2b4cd8-f1d7-497e-8e3f-355920_1ut243s.png)

Tiada paparan harga di halaman produk

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d4128dd9af417800/e610a186-acb9-469c-9e47-f00061_108w0c6.png)