> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Instagram Shopping


### Dalam artikel ini:
1.  [Senarai semak sebelum anda mula](#1-1-senarai-semak-sebelum-anda-mula) 
2. [Sambungkan Facebook Page dengan akaun Instagram (jika anda sudah mempunyai Facebook Page sedia ada)](#1-2-sambungkan-facebook-page-dengan-akaun-instagram-jika-anda-sudah-mempunyai-facebook-page-sedia-ada) 
3. [Langkah untuk sambungkan dengan Instagram Shopping](#1-3-langkah-untuk-sambungkan-dengan-instagram-shopping) 
4. [Hantar akaun anda untuk semakan oleh Instagram](#1-4-hantar-akaun-anda-untuk-semakan-oleh-instagram) 
5. [Cara menambah butiran produk di Instagram](https://support.easystore.co/en/article/instagram-shopping-1k0m0jj/#1-4-how-to-add-products-details-in-instagram) 
6. [Apa yang anda perlu tahu?](#1-5-apa-yang-anda-perlu-tahu)
---

# 1. Senarai semak sebelum anda mula 

* **Instagram Shopping bukan salah satu saluran jualan EasyStore. Namun, jika anda ingin menjual produk EasyStore anda di Instagram Shopping, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut.**
    
* Pastikan negara/rantau anda tersenarai dalam senarai ketersediaan Instagram Shopping. Anda boleh menyemak akses pasaran [di sini](https://help.instagram.com/321000045119159).

||| ⚠️ **Instagram Shopping TIDAK LAGI tersedia di MALAYSIA. Namun, anda masih boleh membuat katalog untuk menjalankan iklan (META Ads)**

* Hanya **produk fizikal** sahaja yang boleh dijual melalui Instagram Shopping.
    
* Perniagaan anda mematuhi [Dasar Perjanjian Pedagang Facebook](https://www.facebook.com/legal/commerce_product_merchant_agreement) & [Dasar Perdagangan](https://www.facebook.com/policies/commerce).
    
* Pastikan perniagaan anda mematuhi [Syarat Kelayakan Perdagangan](https://help.instagram.com/1627591223954487).
    
* Perniagaan anda memiliki domain laman web sendiri.
    
* Jika anda menggunakan akaun peribadi, sila tukar kepada akaun profesional. Anda boleh merujuk panduan [di sini](https://help.instagram.com/502981923235522).
    
* Jika perniagaan anda memenuhi semua syarat di atas, sila teruskan dengan langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan Instagram Shopping untuk perniagaan anda.
---

# 2. Sambungkan Facebook Page dengan akaun Instagram (jika anda sudah mempunyai Facebook Page sedia ada)

**Langkah 1**: Pergi ke Facebook Page anda > Klik pada nama **Facebook Page** anda di bahagian atas kiri > klik ${color}[#1562e4](Boost Instagram Post)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_xnxnl7.png)
**Langkah 2**: Klik ${color}[#1562e4](Connect Account)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_egvnlw.png)
**Langkah 3**: Klik **Connect**
****
![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_2g5f63.png)
**Langkah 4**: Pastikan untuk ${color}[#1562e4](enable) tetapan bagi membolehkan akses kepada mesej Instagram di inbox, kemudian klik ${color}[#1562e4](Connect)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_phkky8.png)
**Langkah 5**: Login ke akaun **Instagram** anda

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_w7sx9w.png)
**Langkah 6**: Setelah selesai, ia akan kelihatan seperti ini & klik ${color}[#1562e4](Done)!

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1jz1m9l.png)
![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_dynroy.png)
---

# 3. Langkah untuk sambungkan dengan Instagram Shopping

||| ⚠️ Sila ambil perhatian bahawa **Instagram Shopping** TIDAK LAGI tersedia di Malaysia. Namun, anda masih boleh membuat katalog untuk menjalankan iklan.

**Langkah 1:** Sambungkan ke **Facebook Page**. Pergi ke profil Instagram perniagaan anda > ${color}[#1562e4](Edit profile) > ${color}[#1562e4](Public business information) > ${color}[#1562e4](Page)

**📌 Nota:**

* Jika anda belum menyediakan **Facebook Page**, kami mengesyorkan mengikuti panduan terperinci [di sini](https://help.instagram.com/399237934150902?ref=fbb_ig_shopping_setup) untuk menciptanya dengan mudah.
* Harap maklum, **Facebook Page Shop** tidak diperlukan—hanya mempunyai **Facebook Page** sudah mencukupi untuk integrasi.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_17c5454.png)

**Langkah 2:** Jika anda belum mempunyai **Facebook Product Catalogue**, anda boleh mengikuti panduan langkah demi langkah [di sini](https://www.facebook.com/business/help/1670875312991238?id=725943027795860) untuk menciptanya dengan mudah.

Jika akaun **Facebook** anda sudah disambungkan dengan EasyStore, **Facebook Product Catalogue** akan dibuat secara automatik, dan semua produk dalam EasyStore anda akan diselaraskan secara lancar dengan **Facebook Product Catalogue**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_88ui68.png)
Anda boleh merujuk kepada panduan di bawah tentang cara menyambungkan Facebook dengan EasyStore:

* [Menyambung dengan Facebook (Bahagian 1: Panduan Persediaan)](/en/article/connecting-with-facebook-part-1-setup-guide-5ro171/)
* [Menyambung dengan Facebook (Bahagian 2: Ciri-ciri)](/en/article/connecting-with-facebook-part-2-features-1ownpib/)

**Langkah 3**: ❗️ **(UNTUK NEGARA TERPILIH SAHAJA DI MANA INSTAGRAM SHOPPING TERSEDIA)**

Setup **Instagram Shopping**. Sila login ke akaun **Instagram** anda > ${color}[#1562e4](Settings) > ${color}[#1562e4](Business) > ${color}[#1562e4](Set up Instagram shopping)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_hxp7fq.png) **Langkah 4:** Setelah anda selesai dengan proses tersebut, sila hantar untuk semakan
---
# 4. Hantar akaun ada ke Instagram untuk semakan 

![
](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1oov2ai.png)Setelah anda menyambungkan **Facebook Product Catalogue** dan mempunyai produk dalam katalog anda, anda boleh menghantar akaun anda untuk semakan Instagram. Proses semakan akaun mungkin mengambil **beberapa hari** (boleh mengambil masa lebih lama kerana Instagram akan menyemak akaun anda).

**Langkah 1:** Pergi ke profil Instagram perniagaan anda dan pilih **Settings**

**Langkah 2:** Daftar untuk shopping

**Langkah 3:** Ikuti langkah-langkah untuk menghantar akaun anda untuk semakan

**Langkah 4:** Lawati **Shopping** dalam **Settings** anda untuk menyemak status semakan akaun anda 

⚠️ **Peringatan**: Jika anda menghadapi sebarang isu dengan semakan akaun, sila hubungi  [Facebook Commerce Support](https://www.facebook.com/help/contact/commerce) untuk maklumat lanjut 
---

# 5. Cara menambah butiran produk di Instagram

**Langkah 1:** Anda boleh mula memuat naik produk di halaman Instagram anda

Tambah imej produk anda > kapsyen > klik pada ${color}[#1562e4](add product details)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1kyluea.png)
**Langkah 2:** Tambah ${color}[#1562e4](Title) & ${color}[#1562e4](Price) dan klik ${color}[#1562e4](Done)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1f7m90.png) **Langkah 3:** Setelah selesai, klik butang ${color}[#1562e4](share)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1jjdrah.png)Posting anda akan kelihatan seperti ini

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1w3qaie.png) ---


# 6. Apa yang anda perlu tahu?

* Sesetengah perniagaan mungkin diberitahu untuk mengesahkan domain laman web anda. Jika anda menerima pemberitahuan ini daripada Instagram, anda boleh mengikuti langkah-langkah untuk menyelesaikan **proses pengesahan domain** bagi menghantar akaun anda untuk semakan.
    
* Anda boleh merujuk [panduan ini di sini](/en/article/connecting-with-facebook-part-1-setup-guide-5ro171/) untuk mengesahkan domain anda dengan Facebook.
    
* Ini adalah [proses lengkap mengenai Instagram Shopping](https://business.instagram.com/shopping/setup). Jika semakan akaun anda menghadapi sebarang isu, sila hubungi pasukan Facebook atau Instagram untuk bantuan lanjut kerana mereka akan menyemak permohonan Instagram Shopping anda.
    
* **Instagram Shopping** bukan salah satu saluran jualan EasyStore. Namun, jika anda ingin menjual produk EasyStore anda di Instagram Shopping, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan di atas.
    
* Seterusnya, sambungkan akaun **Facebook** anda dengan EasyStore. Setelah berjaya disambungkan, produk dalam EasyStore akan diselaraskan secara automatik ke **Facebook Product Catalogue** anda.
    
* Instagram Shopping akan menyemak produk anda daripada **Facebook Product Catalogue** anda. Anda boleh merujuk [panduan ini di sini](/en/article/connecting-with-facebook-part-2-features-1ownpib/) untuk maklumat lanjut.


