> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Kadar penghantaran yang berbeza untuk negara/negeri yang berbeza

  

## Dalam artikel ini:

1.  Pengenalan
    
2.  Contoh senario
    
3.  Bahagian 1 : Tetapkan Zon A ( contohnya Semenanjung Malaysia ) dan kaedah penghantarannya
    
4.  Bahagian 2: Tetapkan Zon B ( contohnya Sabah & Sarawak ) dan kaedah penghantarannya

---

### 1. Pengenalan

Sudah tentu salah satu manfaat perniagaan e-dagang ialah anda boleh jual ke sebanyak kawasan yang mungkin = kepada seramai pelanggan yang mungkin. Oleh itu kami tahu anda mungkin perlu menetapkan kadar penghantaran yang berbeza untuk kawasan yang berbeza, yang kami panggil zon. Anda boleh membezakan zon-zon berdasarkan negara / negeri / poskod, seperti yang anda suka. Berikut adalah panduan bagaimana untuk menetapkan kadar-kadar yang berbeza ini.

---

### 2. Contoh senario

Anda ingin menetapkan kos penghantaran yang berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak.

---

### 3. Bahagian 1 : Tetapkan Zon A ( contohnya Semenanjung Malaysia ) dan kaedah penghantarannya

**Langkah 1 :** Tambah zon A ( Semenanjung Malaysia ). Pergi ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) > Tetapan> Pengiriman > Tambah zon penghantaran.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/6babd27a9a24c000/50b95279-2aa1-4dca-8e36-e8dbeb_1b2cchr.png)

**Langkah 2 :** Namakan zon ini dan pilih negara zon ini.

| 💡 Tips : Pastikan nama zon mudah diingat untuk kegunaan masa depan anda sendiri

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b6bb33bdcec1e80/3aee83bb-e201-46e1-b64a-ffec9d_1nb7nes.png)

**Langkah 3 :** Sebaik sahaja negara terpilih, anda akan diminta untuk pilih lagi sub-kawasan ( ikut poskod atau negeri ).

| 💡 Tips : satu poskod / negeri hanya boleh digunakan dalam satu zon sahaja

**Masukkan poskod** - tentukan zon anda dengan memasukkan poskod secara manual

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/52d304efd2bd1000/4c750635-3f63-41bc-a54b-27872e_k6zhr0.png)

**Pilih dari senarai** - tentukan zon anda dengan memilih dari senarai negeri

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/3dd1e809cef4d200/02839065-23e4-45d0-8f4b-421b03_ka5lou.png)

**Langkah 4 :** Seterusnya, tambahkan kaedah penghantaran untuk zon ini.

| 💡 Tips: satu zon boleh mempunyai beberapa kaedah penghantaran, anda boleh tambah lagi selepas melengkapi satu kaedah

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/56c7e016af00b800/a45b40d1-6858-436f-b101-766f69_1uk3cf1.png)

**Langkah 5 :** Isikan tetapan untuk kaedah penghantaran ini. Anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ada panduan untuk menetapkan setiap kaedah penghantaran.  
  
*   [Kaedah penghantaran (Berdasarkan berat)](/en/article/shipping-methods-based-on-weight-lyhhat/)
*   [Kaedah penghantaran (Berdasarkan kuantiti produk)](/en/article/shipping-methods-based-on-item-quantity-8whhbn/)
*   [Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap item)](/en/article/shipping-methods-flat-rate-per-item-1f6hquy/)
*   [Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap pesanan)](/en/article/shipping-methods-flat-rate-per-order-2lb6js/)

**Langkah 6 :** Simpan dan siap dengan zon A ( Semenanjung Malaysia ).

---

### 4. Bahagian 2: Tetapkan Zon B ( contohnya Sabah & Sarawak ) dan kaedah penghantarannya

**Langkah 1** : Kembali ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/)  > Tetapan > Pengiriman > Tambah zon penghantaran untuk tambah zon B yang baru ( Sabah & Sarawak ).

| 💡 Tips: anda dapat lihat anda telah tambah zon A ( Semenanjung Malaysia )

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8ae393516d3bf000/052935d3-6953-45a4-9ff5-31d2d3_gxfbew.png)

**Langkah 2 :** Namakan zon ini dengan nama yang berbeza dan pilih negara zon ini.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/96ef60ef01f40000/f67e3650-ec31-49c4-85c5-3bb0e7_1jwzpup.png)

**Langkah 3 :** Sama, anda akan diminta untuk memilih sub-kawasan lagi.

| 💡 Tips: anda tidak boleh pilih negeri yang terpilih di zon A ( Semenanjung Malaysia ), kerana satu poskod / negeri hanya boleh digunakan dalam satu zon sahaja

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/60dcd7db549cd400/0cc28855-4f76-4aef-b2a2-631e86_vrmrrt.png)

**Langkah 4 :** Ulangi langkah 3.4 & 3.5 di atas.

**Langkah 5 :** Simpan dan siap dengan zon B ( Sabah & Sarawak ).
**
**
**Kini anda mempunyai dua zon penghantaran dengan kadar yang berbeza!**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/5e6198ac2acf6400/acba9d44-678c-4c71-a3b7-403c07_be5spd.png)