> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Kenapa alamat tiada dalam zon penghantaran?

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/320d8acc3d4fa800/fa4e62dd-2a49-47f6-ace7-0370ad_zmgprq.png)

Pelanggan anda mungkin menghadapi isu tiada dalam zon penghantraan semasa di halaman checkout dan berikut adalah sebab mengapa:

### 1. Tiada Kaedah Penghantaran

Anda belum menambahkan kaedah penghantaran di **Tetapan > Penghantaraan**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/70439622ff97d000/0fe3bd38-6ad5-4ff1-8898-d541b6_1kqqqby.png)

### 2. Pelanggan memasukkan alamat penghantaran yang tidak berada di zon / kawasan yang anda tetapkan

**Contoh :** Anda telah menetapkan kaedah penghantaran hanya **di dalam Malaysia**, Pelanggan A membeli item dan memasukkan alamat penghantaran yang berada di **Singapura**. Oleh itu, kesalahan "tiada dalam zon" akan berlaku.

### 3. Poskod: Poskod yang diberikan oleh pelanggan tidak sesuai dengan kod pos pilihan anda

**Contoh :** Anda telah menetapkan 35638, 46500, 37281 sebagai zon poskod anda untuk kaedah penghantaran tetapi pelanggan memasukkan 89111 di alamat penghantaran. Oleh itu, kesalahan "tiada dalam zon" akan berlaku.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/35055345f06a1600/7d9e295a-7f71-4be7-83a4-0ff1de_cctzan.png)

### 4. Alamat asal belum ditetapkan pada aplikasi EasyParcel Malaysia (yang juga sering menjadi sebab utama)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8722667203688800/661fb899-560b-44e5-85ad-827113_1bbejr1.jpeg)

_________________________________________________________________

**Panduan untuk menyelesaikan masalah "tiada dalam zon"**

**Penyelesaian 1 :**

Tambahkan kaedah penghantaran. Anda boleh klik ke Tetapan> Penghantaran > Tambah Kaedah Penghantaran. Terdapat 4 kaedah penghantaran yang ada

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/65db4959bf165000/02495dd1-a60c-4b6e-a983-c0ae85_uglw0m.png)

Berikut adalah kaedah penghantaran:

*   [Kaedah penghantaran (Berdasarkan berat)](/en/article/shipping-methods-based-on-weight-lyhhat/)
*   [Kaedah penghantaran (Berdasarkan kuantiti produk)](/en/article/shipping-methods-based-on-item-quantity-8whhbn/)
*   [Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap item)](/en/article/shipping-methods-flat-rate-per-item-1f6hquy/)
*   [Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap pesanan)](/en/article/shipping-methods-flat-rate-per-order-2lb6js/)
  
**Penyelesaian 2 :**

Maklumkan pelanggan mengenai zon penghantaran yang anda memberikan perkhidmatan penghantaraan. Anda dapat menampilkan pilihan penghantaran di [halaman kandungan](https://help.easystore.co/en/articles/3822329-tambah-halaman-kandungan-untuk-kedai-anda)

Contoh :

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/852c4ecc90b97800/125a30e6-bf8d-4e94-af0e-024ac9_dwg2dx.png)

**Penyelesaian 3 :**

Pastikan anda sudah menetapkan alamat asal jika anda telah memasang aplikasi EasyParcel Malaysia sebagai salah satu kaedah penghantaran anda.