> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Memasang templat tema

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/48c6b6e558d56000/fb218277-244f-4a74-97ed-07af99_difi16.png)

## Artikel ini mengandungi:

1.  Memasang templat tema
    
2.  Memuat naik logo jenama  
    
---

### 1. Memasang Templat Tema

Tema boleh dipasang hanya dalam beberapa saat sahaja. Apa yang anda cuma perlu buat adalah tekan Saluran > Kedai Online > Tema > Skroll sedikit ke bawah > Tekan butang 
 **Tema.**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e1e13a5b9a17f000/477de6f9-a1c3-4b3c-a54d-29aca0_1bp19en.png)

Seterusnya, anda perlu mencari tema yang anda mahu atau tema yang anda fikir sesuai dengan kategori perniagaan anda > Pasang tema.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8425b2f12f7cd800/bae8e096-c0fb-44bf-8a4f-6a9af3_1o0fp5u.png)

||📌 Perkara yang anda perlu tahu :

*   Jika anda telah memadamkan tema secara tidak sengaja, ** tindakan itu tidak boleh diundur & ia tidak boleh dipulihkan**.
    
*   Kami tidak mengehadkan pemasangan tema untuk perniaga kami, anda boleh memasang seberapa banyak tema yang anda mahu & ubah sewajarnya mengikut musim atau perayaan.
    
*   Anda boleh menyesuaikan tema anda pada halaman editor untuk logo, warna, saiz tulisan dan imej penggelongsor. Selebihnya juga boleh dilakukan melalui **Edit Source** jika anda mempunyai pengetahuan dengan kod **html** atau **css**.
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b700c40ffb162000/d2deced8-c760-4a4a-a965-9827e5_4r91ec.png)

| 💡 Tips: Anda boleh melihat ciri-ciri tema setiap tema dengan lebih terperinci dari halaman tema kami di [sini](https://www.easystore.co/en-my/themes)

---

### 2. Memuatnaik logo jenama

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e3110bcebabfc80/35a99c8c-c4ce-482c-97c2-bcec73_1kp1izq.png)

Logo jenama adalah sesuatu yang anda tidak boleh tinggal ketika membina kedai dalam talian jenama anda sendiri. Ini akan mengambil masa hanya satu minit.

**Langkah 1 :** Pergi ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) > Saluran > Kedai online > Tema > **Ubah Suai**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/40fba254de2e0400/6358fdb6-0006-474e-9198-f7eddb_pt6gu3.png)

**Langkah 2 :** Pergi ke Logo > Tekan imej logo

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/9a025d519c59c800/a6954699-967f-4762-aef1-97546c_1ufvph3.png)

**Langkah 3 :** Pilih imej > Simpan dan siap. Anda boleh rujuk GIF di bawah:

![](d61b1540-5df2-43cc-9138-7a32d9b3cd70)

| 💡 Tips : Ada boleh tekan Saluran > Kedai Online dan tekan butang disini untuk pratonton website anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/7361bf407359ec00/9c5ccf7e-853f-4c58-a954-ce10d1_1rt9gk5.png)

Untuk rujukan selanjutnya:

${youtube}[Sales Channel: Online Store │Cara-cara menggunakan template tema di EasyStore](7VrleafYYlU)

Sebaik sahaja selesai, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :

*   [Tambah produk anda](/ms-my/article/tambah-produk-anda-ss4kpw/)
    
*   [Tetapkan kaedah pembayaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-pembayaran-1i19c6e/)
    
*   [Tetapkan kaedah penghantaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-penghantaran-1w82prm/)
    
*   [Main peranan sebagai pelanggan](/ms-my/article/main-peranan-sebagai-pelanggan-q9jfa8/)