> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Mengurus koleksi produk

  

### Dalam artikel ini:

1.  Pengenalan
    
2.  Tambah koleksi baru
    
3.  Tambah produk ke dalam koleksi
    
4.  Tambah sub-koleksi dan menukar urutan koleksi-koleksi
    

  
  

## **1. Pengenalan**

Penambahan kategori atau koleksi produk merupakan langkah penting dalam proses membina kedai online anda. Nama kategori yang jelas membolehkan anda urus produk dengan cekap dan menjadikan pelanggan-pelanggan anda lebih senang untuk jumpa apa yang mereka cari.  
  
  

## **2. Tambah koleksi baru**

### **Kaedah 1**

2.1.1 [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) > Produk > Koleksi > Tambah koleksi > isikan yang di bawah > Simpan.

*   **Tajuk** : nama koleksi
    
*   **Ciri-ciri imej** ( pilihan )
    
*   **Kandungan** ( pilihan )
    
*   **Keterlihatan**
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/8fed676405204800/12ba8f0f-93ca-4146-ad4d-ffb1fa_hj09nq.png)

### **Kaedah 2**

2.2.1 Tambah koleksi baru semasa menambah produk ke dalam koleksi, merujuk kepada Tips Langkah 3.  
  
  

## **3. Tambah produk ke dalam koleksi**

### **Kaedah 1 ( tambah satu produk )**

3.1.1 Admin > Produk > Tambah / edit product > klik mana-mana ruang putih di bawah **Koleksi-koleksi**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/9a638cbf76cb5000/191ad8a8-a500-4bb7-9f24-e8fd4b_tev5x5.png)

3.1.2 Pilih koleksi yang anda ingin tambahkan produk ini > **Sahkan** > Selesai.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e838a5e74069b800/9bfc087f-4932-40f4-a950-5c74e9_qlvcg5.png)

**💡 Tips**: Anda boleh tambah koleksi baru semasa guna kaedah ini dengan klik **+ Tambah koleksi baharu** > isi nama koleksi baru > √

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/34d4f27792ccf600/e7f89d00-24e1-477c-acf9-84b389_p6teky.gif)

### **Kaedah 2 ( tambah produk secara pukal )**

3.1.2 Admin > Produk > pilih produk yang anda ingin uruskan koleksi > **Mengelolakan koleksi** > pilih koleksi yang anda ingin tambahkan produk terpilih > Assign collections > Selesai.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/7dd126292fec7400/299885b2-a3d8-41f7-b939-6d8b8a_smtagf.gif)

  
  

## **4. Tambah sub-koleksi dan menukar urutan koleksi-koleksi**

4.1 Produk > Koleksi > gunakan kaedah drag-and-drop untuk tambahkan sub-koleksi ( maksimum 3 tahap ).

4.2 Anda juga boleh gunakan kaedah drag-and-drop untuk menukar urutan koleksi-koleksi.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/fde1580764329000/c9def928-1eac-4bf4-82c1-5ebfff_nw2yvt.gif)

  
📌 **Maklumat lanjut:**

*   Semua koleksi akan ditunjukkan di bawah navigator "Catalog" lalai di bawah menu utama. Anda boleh menyembunyikan "Catalog", [rujuk sini](https://help.easystore.co/en/articles/3643710-tambah-kategori-produk-pada-menu-navigasi-atas).
    
*   Anda juga boleh tambah koleksi tunggal di bawah menu utama, [panduan di sini](https://help.easystore.co/en/articles/3643710-tambah-kategori-produk-pada-menu-navigasi-atas)