> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Pelan Percuma EasyStore

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/fcadcdaf3555c000/b16cbec9-0ef0-471c-b1d4-415d22_iqvuu5.png)

## Dalam artikel ini:

1.  Perbezaan antara Percubaan Percuma 14 hari dan Pelan Percuma?
    
2.  Soalan-soalan yang akan ditanya mengenai Pelan Percuma
    

Penantian sudah berakhir, kami dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa kami akan melancarkan **Pelan Percuma** pada **21 June 2021**. Apa itu Pelan Percuma ? Adakah ianya sama dengan percubaan percuma ? Bagaimana pula dengan kedai percubaan percuma saya ? Jangan risau, sebab disini kami akan memberikan maklumat yang anda ingin tahu :)

---

### 1. Perbezaan Percubaan Percuma dan Pelan Percuma

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_qi5e59.png)

---

### 2. Soalan yang selalu ditanya mengenai Pelan Percuma

**1. Jika Pelan Percuma diperkenalkan, apa yang akan terjadi dengan kedai saya jika saya masih lagi menggunakan Percubaan Percuma ?**

→ Akaun Percubaan Percuma anda akan ditukarkan kepada Pelan Percuma tetapi semua tetapan masih lgi dikekalkan.

Sebagai contoh: Jika anda telah mengaktifkan 3 saluran jualan, kami tidak akan membuangnya tetapi kami akan mencadangkan anda menaik taraf pelan anda kerana anda sudah tidak dapat mengaktifkan lebih banyak saluran jualan.

Sebagai contoh: Anda telah menambah 100 produk, kami tidak akan membuang produk anda tetapi kami akan mencadangkan anda menaik taraf pelan anda kerana anda sudah tidak dapat menambah lebih banyak produk baru.

**2. Bolehkah saya menggunakan Pelan Percuma selepas percubaan percuma saya telah tamat ?**

→ Ya, tetapi anda perlu ambil maklum bahawa Percubaan Percuma menggunakan

ciri-ciri pelan Business. Jadi, tetapan anda mungkin akan dihilangkan di dalam Pelan Percuma.

**3. Apa akan jadi jika pesanan saya telah mencecah 1000 pesanan ?**

→ Anda perlu menaik taraf kepada pelan Lite, Standard atau Business yang menyokong lebih daripada 1000 pesanan.

**4. Terdapat 5 saluran jualan yang ditawarkan di dalam Pelan Percuma dan saya perlu memilih 1, bagaimana jika saya ingin menukar daripada satu saluran kepada saluran yang lain, adakah ianya mustahil ?**

→ Ya, anda boleh menyahaktifkan saluran jualan tersebut dan mengaktifkan saluran yang lain. Sila ambil maklum yang anda cuma boleh mengakses 1 saluran jualan sahaja.

**5. Bolehkah Pelan Percuma menggunakan EasyStore Mobile App?**

→ Ya, anda boleh muat turun dan akses EasyStore Mobile App kami.

**6. Adakah saya boleh membuat promosi dibawah Pelan Percuma ?**

→ Tidak, Pelan Percuma tidak menyokong ciri promosi.

**7. Apakah bantuan sokongan yang disediakan untuk Pelan Percuma ?**

→ Kami ada menyediakan aplikasi sokongan, tetapi minta maaf kerana kami tidak menyediakan panggilan telefon atau meeting secara atas talian kepada pengguna Pelan Percuma.

**8. Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut ciri-ciri yang terdapat di dalam Pelan Standard ?**

→ Anda perlu menaik taraf kepada Pelan Standard dan boleh melanggan secara bulanan :)

**9. Bagaimana jika saya ingin mencuba Referral Marketing di dalam Pelan Business ?**

→ Anda perlu menaik taraf kepada Pelan Business dan boleh melanggan secara bulanan :)

**10. Adakah saya berhak untuk mendapatkan [merchant exclusive](https://www.easystore.co/en-my/merchant-exclusive)?**

→ Tidak, Pelan Percuma tidak berhak mendapatkan merchant exclusive termasuk bonus partner, kempen partner dan juga event business.

**11. (Affiliate) Jika saya berkongsi pautan affiliates kepada affiliate saya dan mereka mendaftar dengan Pelan Percuma, adakah saya akan mendapat komisyen apabila mereka menaik taraf kedai mereka nanti ?**

→ Ya, anda boleh rujuk Terma dan Syarat Affiliate kami [disini.](https://www.easystore.co/en-my/partners/affiliate)
**
**
**
**
**
**Artikel berkenaan:**

[Introduction & Summary of EasyStore](/en/article/introduction-summary-of-easystore-vjcei4/)

[How EasyStore Benefit Your Business](/en/article/how-easystore-benefit-your-business-hsne9u/)