> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Penetapan kaedah pembayaran

Artikel ini mengandungi:

1.  Tentang kaedah pembayaran
    
2.  Pembayaran manual
    
3.  Gerbang pembayaran
    
4.  Cash on delivery
    

## **1. Tentang kaedah pembayaran.**

Sediakan kaedah pembayaran di kedai anda untuk pelanggan memilih mod pembayaran pilihan mereka semasa pembayaran. Kaedah pembayaran merujuk kepada cara pelanggan membuat pembayaran kepada anda. Jenis kaedah pembayaran yang boleh anda sediakan di kedai anda:

1.  Pembayaran manual
    
2.  Gerbang pembayaran
    
3.  Cash on delivery
    

## **2. Pembayaran manual**

Contoh :

*   Pemindahan wang ( IBG / instant transfer )
    
*   Wallet transfer ( scan QR code )
    
*   Cash deposit ( ATM ) and etc.
    

**Langkah 1 :** Pergi ke [EasyStore Admin](https://admin.easystore.co/) > Tetapan > Pembayaran > Tambah kaedah pembayaran > Pilih bawah **Manual**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d3cf13a2947f7000/6008cb7b-7885-460e-85dc-d3f756_a393by.png)

**Langkah 2 :** Muat naik kod **QR** anda ( jika berkaitan ) dan isikan perincian atau maklumat akaun anda pada bahagian **Arahan pembayaran** untuk menyelesaikan set up pembayaran > Simpan dan siap.

Pelanggan akan mengikut arahan pembayaran untuk membuat pembayaran secara manual kepada anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b20628e9a6882000/e872856f-7b55-41ca-9ec0-cf5ef6_vyxh74.png)

  
  

## **3. Gerbang pembayaran**

Contoh:

*   Credit / debit card
    
*   Perbankan dalam talian FPX
    
*   eWallet and etc.
    

**Langkah 1 :** Kaedah pembayaran automatik seperti kad kredit / debit, perbankan dalam talian FPX dan eWallet dan lain-lain hanya boleh diterima dengan menggunakan perkhidmatan gerbang pembayaran

**Langkah 2 :** Langkah yang sama, pergi ke Tetapan > Pembayaran > Tambah kaedah pembayaran > Cari gerbang pembayaran yang anda suka

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d5aaedca51ce180/c9823cbc-d8d3-4dce-a528-fb2b14_1ml8lmw.png)

**Langkah 3 :** Isi Integration ID gerbang pembayaran anda, contohnya. Merchant / Verify / Secret Id / Code / Key dll > Simpan dan selesai.

ID integration boleh didapatkan dari gerbang pembayaran

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/79489e4fa755dc00/3f1583ce-4f15-439d-bbf9-eb83ff_ayrfg2.png)

## **4. Cash on delivery**

Oleh kerana perkhidmatan ini hanya dapat disokong oleh pihak pengiriman, oleh itu ia perlu disiapkan bersama [shipping methods](https://help.easystore.co/en/articles/2161327-set-up-shipping-method)

### **Masih pening? Lebih banyak maklumat dan pejelasan [here](https://help.easystore.co/en/articles/385131-payment-options)**