> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Pengenalan mengenai Borang Pesanan WhatsApp/Line

## Artikel ini mengandungi:

1.  Mengenai Borang Pesanan WhatsApp / LINE
    
2.  Ciri ciri utama yang ada pada Borang Pesanan Whatsapp/Line
    
3.  Cara Borang Pesanan Whatsapp berfungsi
    
4.  Jenis Borang Pesanan Whatsapp
    

### 1. Mengenai Borang Pesanan WhatsApp / LINE

*   Buat satu borang sahaja dan anda akan mendapat ** pautan kekal** untuk setiap borang yang dibuat, pautan itu adalah pautan yang telah dipendekkan (contohnya: 
 [https://easy.co/qvgg](https://easy.co/qvgg)) yang boleh dikongsi di seluruh media sosial, atau aplikasi messaging. 
    
*   Pelanggan boleh ** membuat pesanan dan membuat bayaran** melalui WhatsApp / LINE
    
*   Anda boleh membuat ** borang yang berbeza** yang terdiri daripada ** produk yang berbeza**. Sebagai contoh, satu borang adalah untuk makanan laut, satu lagi borang untuk sayur-sayuran. 
    
*   Kami mencadangkan bahawa satu borang ** tidak lebih daripada 30 produk** untuk pengalaman yang lebih mobile-friendly untuk pelanggan anda. 
    
    ![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/59cb0f279c5b7c00/26313127-b40c-4645-9087-201664_1oi0eam.png)

---

### 2. Ciri ciri utama yang ada pada Borang Pesanan Whatsapp/Line

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_3sd4mm.png)

---

### 3. Cara Borang Pesanan Whatsapp berfungsi

**Mesej dari pelanggan**

1.  Pelanggan anda mesej anda di WhatsApp / LINE
    
2.  Hantar pautan borang pesanan kepada pelanggan anda
    
3.  Pelanggan memilih produk yang mereka berminat, isi butiran > "Send Message" untuk tanya lebih lanjut atau "Buy Now" untuk terus dengan pembayaran
    
4.  Anda menerima pesanan melalui WhatsApp / LINE
    
5.  Sekiranya "Send Message" ditekan, pautan kedua akan dihasilkan, pelanggan dapat klik pautan ini untuk terus dengan pembayaran juga
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/59ceb49cf46f6800/84c801f3-4718-42a0-8fb6-640dea_17ipptn.png)

**Kongsi pautan anda pada aplikasi media sosial / aplikasi messaging** 

1.  Pelanggan klik pada pautan untuk membuat pesanan
    
2.  Anda menerima pesanan melalui WhatsApp / LINE
    
3.  Pelanggan boleh klik pada pautan kedua untuk membayar
    

**Ini adalah salah satu demo pada perbualan :**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/56cbae9ae225e800/bed79323-7f76-462e-9207-4fdc29_e6qdzy.jpeg)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e2f66eda22b45000/497e1079-8c39-4b09-a460-761196_xn1m5m.gif)

---

### 4. Jenis Borang Pesanan Whatsapp

Di EasyStore kami menyediakan 3 jenis Borang Pesanan Whatsapp:

*   **Basic Order Form.** Borang pesanan ini membolehkan pelanggan anda mempunyai pelbagai pilihan kaedah pembayaran dan penghantaran.
    
*   **One-Page Order Form.** Borang pesanan ini membolehkan pelanggan anda membuat pembayaran dengan mudah dalam WhatsApp
    
*   **Shortlink Order Form.** Borang pesanan ini menerima pesanan sahaja tanpa perlu menyediakan sebarang kaedah pembayaran atau penghantaran (aturan manual)
**    
**
**
**
**
**Artikel berkaitan:**

[Tetapkan Borang Pesanan Whatsapp & LINE](/ms-my/article/tetapkan-borang-pesanan-whatsapp-line-12x67pq/)