> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Saiz gambar yang disyorkan

## Dalam artikel ini:

1.  Pengenalan
    
2.  Saiz gambar untuk halaman rumah
    
3.  Saiz gambar lain-lain
    

### 1. Pengenalan

Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah dalam menentukan saiz gambar yang terbaik untuk website anda. Oleh itu dalam artikel ini, kami akan kongsikan saiz gambar yang disyorkan kepada anda

||  📌 Nota Penting :

*   Kami telah menambah pilihan untuk anda paparkan gambar dengan quality asal. Dengan itu, kedai online anda akan menggunakan saiz dan qualiti gambaryang anda muat naik.
    
*   Anda boleh dayakan pilihan tersebut di Saluran > Kedai Online > Ubah Suai > General
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/5eef9ca931d3e400/be9b7f6e-2f7e-421c-9c7e-0bd1e5_ct4o7t.png)

---

### 2. Saiz gambar untuk halaman rumah

Saiz yang dipaparkan di bawah kebanyakannya merujuk kepada gambar halaman rumah dalam tema baru kami. Berikut adalah saiz yang disyorkan :

*   Desktop slider: 1400 x 700px
    
*   Mobile slider: 700 x 800px
    
*   Kandungan tengah (Desktop) : 1400 x 700px
    
*   Kandungan tengah (Mobile) : 700 x 800px
    
*   Featured collection: 850 x 850px
    
*   Featured products for desktop & mobile : 800 x 800px
    
*   Testimonial slider : 1280 x 600px
    
*   Logo list : 300 x 180px
    
*   Logo untuk e-mel: 150 x 60px
    
*   Gambar produk : 800 x 800px
    
*   Promotional Banner (Desktop) : 1400 x 700px
    
*   Promotional Banner (Mobile) : 700 x 800px
    
*   Logo kedai: 600 x 300px
    
*   Favicon Icon: 16 x 16px
    
*   Gambar Blogpost & Artikel : 1200 x 630px
    
*   Koleksi produk untuk desktop & mobile : 1000 x 1000px  

---

### 3. Saiz gambar yang lain-lain

*   **Gambar 1-lajur**
    

Gambar 1-lajur kebanyakannya merujuk kepada logo atau gambar slider anda. Lebar maksimum yang dicadangkan adalah **1600px.**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/c764a10764786000/b97f84f1-5740-4c38-b4e0-d49267_1sgud33.png)

*   **Gambar 2-lajur**
    

Gambar 2-lajur sering digunakan pada kandungan laman utama website untuk memaparkan senarai jenama atau koleksi. **Lebar maksimum** yang disyorkan untuk gambar 2-lajur adalah **1200px**. (600px untuk 1-lajur)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/afdd6556dd20a000/c38a29ed-3d9f-4763-8787-c3ebd1_1n4knli.png)

*   **Gambar 4-lajur**
    

Gambar 4 column biasanya merujuk kepada produk yang dipaparkan di halaman utama anda, atau senarai jenama dan kategori pada kandungan halaman utama anda. Lebar maksimum yang disyorkan untuk gambar 4-lajur adalah **800px.**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/daea6cb0a7a30000/5b75228b-b5b9-44d8-a66b-3078e4_1c43brg.png)