> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Selamat datang ke EasyStore!

## Selamat datang ke EasyStore!

Artikel ini berjalan dengan anda melalui langkah pertama untuk menubuhkan kedai anda ( laman web anda ) di mana pelanggan anda boleh melayari produk anda, membuat pesanan dan bayaran kepada anda. Mempunyai permulaan yang baik dengan pengembaraan perniagaan atas talian anda. 😉

## Dalam artikel ini:

1.  Wujudkan kedai baru
    
2.  Tambah domain tersuai

---

### 1. Wujudkan kedai baru

||| ⚠️ Sebelum bermula, yang berikut adalah beberapa nota penting mengenai nama kedai :

*   Jika anda mendaftar menggunakan akaun Facebook atau Google, nama kedai akan mengikuti nama alamat e-mel anda sebelum @
    
*   Nama kedai akan digunakan oleh sistem secara automatik untuk menghasilkan satu domain percuma untuk kedai anda dalam format [https://namakedai.easy.co](https://storename.easy.co)
    
*   Anda boleh menukar nama kedai anda kemudian tetapi domain [easy.co](http://easy.co) tidak boleh diubahkan selepas itu
    

**Langkah 1 :** Untuk mengwujudkan kedai, daftarkan satu [kedai percubaan percuma 14 hari](https://admin.easystore.co/signup) dengan kami. Sekarang anda mempunyai pilihan untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook atau Google, atau mendaftar dengan alamat e-mel.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/63b7c5879f128800/2f98afb8-39bf-4409-a71c-41d117_xc3o7p.png)

**Name kedai** - Biasanya nama syarikat / jenama anda  
**Name depan & belakang** - Ini akan menjadi nama profil pengguna anda. Satu kedai boleh mempunyai beberapa pengguna ( peranan kakitangan atau admin )  
**Negara** - Negara anda  
**Alamat emel** - Ini akan menjadi alamat e-mel berdaftar anda dengan EasyStore, anda boleh mengubahnya selepas itu  
**Kata laluan** - Kata laluan anda harus mempunyai sekurang-kurangnya 9 aksara dan mesti termasuk huruf besar, huruf kecil dan nombor  

**Langkah 2 :** Selepas berdaftar, anda boleh log masuk ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) anda untuk mula menetapkan kedai anda, mereka bentuk kedai anda dan sebagainya.

**Langkah 3 :** Untuk melawat laman web anda, anda boleh klik Saluran > **Kedai online** dan klik 👁️ tersebut

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d3cbdfb185aa6000/2d60f71c-25ed-4f4b-a97f-e2bdd6_1gtkrxh.png) 
  
---

**Tambah domain tersuai**

Kecuali domain [easy.co](http://easy.co) yang percuma, anda juga boleh tambah domain tersuai seperti domain .com atau .my ke kedai anda ( disyorkan ). Terdapat dua kaedah:  
  
2.1 **Jika anda tidak memiliki sebarang domain**, anda boleh [mendaftar dan membeli domain tersuai baru melalui EasyStore](https://support.easystore.co/ms-my/article/membeli-nama-domain-baru-melalui-easystore-11a61be/), atau melanggan dengan kami dan [menebus domain .com percuma satu tahun](https://support.easystore.co/ms-my/article/tebus-domain-com-percuma-138zfmv/) anda. 🎁

2.2 **Jika anda sudah mempunyai domain anda sendiri** ( dibeli dari pembekal domain pihak ke-3 yang lain ), anda boleh mengarahkan domain anda yang sedia ada ke kedai anda.  
  
Maklumat lanjut mengenai domain tersuai boleh didapati di [sini](https://support.easystore.co/ms-my/article/tambah-domain-tersuai-untuk-kedai-anda-1l37h6x/)

---

Sebaik sahaja anda sudah dafter akaun bersama EasyStore, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :

*   [Tambah produk anda](/ms-my/article/tambah-produk-anda-ss4kpw/)
    
*   [[Tetapkan kaedah pembayaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-pembayaran-1i19c6e/)
    
*   [[Tetapkan kaedah penghantaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-penghantaran-1w82prm/)
    
*   [[Memasang templat tema](/ms-my/article/memasang-templat-tema-b00f6y/)
    
*   [[Main peranan sebagai pelanggan](/ms-my/article/main-peranan-sebagai-pelanggan-q9jfa8/)