> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Sistem Keahlian


###### Dalam artikel ini:

1. [Pengenalan](#2-1-pengenalan)
2. [Cipta tahap keahlian](#2-cipta-tahap-keahlian)
3. [Soalan Lazim yang Perlu Anda Tahu](#2-3-soalan-lazim-yang-perlu-anda-tahu)
---
## 1. Pengenalan

Dengan sistem keahlian, anda boleh mencipta beberapa peringkat keahlian berdasarkan tahap perbelanjaan pelanggan. Ini membolehkan peniaga mengenal pasti pelanggan yang paling setia. Selain itu, anda boleh menyediakan **formula perolehan dan penebusan** yang disesuaikan, membantu anda membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan setia dengan memberikan ganjaran eksklusif.

###### ❗️Perkara Penting Sebelum Mengaktifkan Program Kesetiaan
* Jika anda telah membuat perubahan pada fail **customers/account.liquid** dan **customers/order.liquid**, pastikan untuk menetapkannya semula melalui **Saluran > Kedai Online > Edit Source > Templates**.
---

## Cipta Tahap Keahlian

###### 📌Nota Penting:
* Tahap keahlian yang berbeza **tidak boleh** menggunakan **nama keahlian yang sama**
* Tahap keahlian yang berbeza **tidak boleh** mempunyai **ambang kenaikan yang sama**

### Tier branding

**Langkah 1**: [Log masuk ke panel admin EasyStore](https://admin.easystore.co/customers/points-and-membership) > ${color}[#1562e4](Customers) > ${color}[#1562e4](Points & Membership) > klik ${color}[#1562e4](Get Started)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_upqt40.png)
**Langkah 2**: Tetapkan nama ${color}[#1562e4](loyalty point) anda & klik ${color}[#1562e4](next)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_pmyxc3.png)
**Langkah 3**: Tetapkan kadar pengumpulan & penebusan ${color}[#1562e4](loyalty point) anda > klik ${color}[#1562e4](enable loyalty point)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_23geac.png)
** Langkah 4** ****: Klik ${color}[#1562e4](add membership tier)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_i8qpuq.png)
**Langkah 5:** Mulakan penjenamaan keahlian anda dengan memberikan **nama** dan tetapkan tempoh keahlian *(seumur hidup atau tempoh tersuai)*

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_rb5m0m.png)
Terdapat tiga pilihan untuk menetapkan tempoh sah keahlian yang disesuaikan:
* **3 bulan**
* **6 bulan**
* **12 bulan**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_q1ssx2.png) **Contoh Senario:**
* Pada **1 Januari 2024**, Pelanggan A menaik taraf keahlian mereka ke **tahap Silver** dengan tempoh sah **3 bulan**. Walau bagaimanapun, Pelanggan A tidak memenuhi syarat perbelanjaan minimum untuk lanjutan automatik. Oleh itu, keahlian Silver mereka akan **tamat pada 1 Mac 2024**.

**Langkah 6**: Muat naik **gambar kad keahlian**. Anda boleh memilih untuk memuat naik *logo* atau *gambar latar belakang* untuk kad tahap.

* Logo

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1dkgryl.png)* Gambar latar belakang 
![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_3iqwhg.png)Nama keahlian, logo / gambar latar belakang akan dipaparkan kepada ahli anda di bawah ' ${color}[#1562e4](My Account)'

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_16ni7h3.png)
### Membership Upgrade

**Langkah 7:** Tetapkan **syarat kenaikan / ** ${color}[#1562e4](upgrade condition) yang membolehkan ahli dinaikkan secara automatik ke tahap keahlian ini.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_13u3iyh.png)
| 💡 Jika anda mempunyai beberapa tahap keahlian yang telah dicipta, syarat kenaikan untuk semua tahap akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas

**📌 Nota:**

* Sistem hanya akan mengira pesanan yang telah **dibayar sepenuhnya** untuk jumlah pembelian terkumpul.
* Setiap kali pesanan **dibayar**, **jumlah pembelian keseluruhan** akan dikira untuk memastikan pelanggan layak dinaik taraf ke tahap yang lebih tinggi.

**Contoh Senario**:
- **1 Januari 2024**: Pelanggan B bermula pada tahap keahlian biasa (Tahap Silver memerlukan perbelanjaan terkumpul sebanyak RM 10,000 untuk dinaikkan)
- **2 Februari 2024**: Pelanggan B membayar sepenuhnya untuk pesanan bernilai RM 600.
- **1 Mei 2024**: Pelanggan B membayar sepenuhnya untuk pesanan bernilai RM 400, mencapai jumlah perbelanjaan terkumpul RM 1000 (RM 600 + RM 400). Dengan itu, mereka dinaikkan ke Tahap Silver.

* Anda juga boleh menetapkan agar ahli dinaikkan secara automatik melalui satu pesanan apabila mereka membelanjakan jumlah yang telah anda tetapkan.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_xx9i5x.png)### Membership extension

**Langkah 8**: Tetapkan jumlah perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk **pelanjutan automatik**, yang membolehkan pelanggan anda melanjutkan tahap keahlian mereka selepas tamat tempoh.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_hh0aov.png)
**Contoh Senario**:
**- 1 Januari 2024**: Pelanggan A dinaikkan ke tahap keahlian Silver dengan tempoh sah selama **6 bulan**.
- **1 Mei 2024**: Pelanggan A membuat dan **membayar** pesanan bernilai **RM 500**.
- **1 Jun 2024**: Sistem mengesan bahawa keahlian Silver Pelanggan A telah tamat dan memastikan bahawa pelanggan memenuhi syarat untuk pembaharuan.

Hasilnya, keahlian Silver Pelanggan A **diperbaharui**.

|| 📌 Nota: Anda hanya akan dapat melihat ciri lanjutan keahlian ini sekiranya anda telah menetapkan tempoh keahlian untuk mempunyai tempoh khusus.

### Membership Perks / Faedah Keahlian

**Langkah 9:** Anda boleh menetapkan **formula mata eksklusif** untuk setiap/tahap keahlian tertentu dan menetapkan **tarikh luput mata** (pilihan).

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/screenshot-2024-12-05-at-12070_1i14azb.png)
| 💡Setiap tahap keahlian boleh mempunyai formula mata yang berbeza

*Ketahui cara sistem mata / point berfungsi* [di sini](https://support.easystore.co/en/article/point-system-loyalty-program-1i74do1/)

**Langkah 10**: Anda juga boleh menetapkan **diskaun eksklusif** khusus untuk ahli setia di bawah tahap keahlian tertentu!

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1ed8lwe.png)
* Contoh:

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_k389g2.png)
**Step 11**: Simpan!
---

## 3. Soalan Lazim yang Perlu Anda Tahu

**S: Pelan EasyStore mana yang termasuk ciri sistem Keahlian?**  
**J:** Ciri sistem keahlian tersedia dalam **Pelan Business** dan ke atas.

⭐️ Lebih banyak ciri menanti anda dalam **Pelan Business** ⭐️  
[Terokai sekarang](https://www.easystore.co/en-my/pricing)
---

**S: Bolehkah sesuatu tahap keahlian dipadamkan?**  
**J:** Ya, mana-mana tahap keahlian yang telah dicipta boleh dipadamkan. Namun, jika **ada pelanggan yang masih tergolong dalam tahap tersebut**, tahap keahlian tersebut **tidak boleh dipadamkan.**
---

**S: Bagaimana untuk menukar tahap keahlian pelanggan secara manual?**  
**J:** Anda boleh menukar tahap keahlian pelanggan melalui:

[Panel Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) > ${color}[#1562e4](Customers) > Klik pada nama pelanggan > Edit profil > ${color}[#1562e4](Membership tier )

**GIF** sebagai rujukan 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/rina-easystore-blogpost-materi_1fk1jjy.gif)
---

**S: Berapa banyak tahap keahlian yang boleh dicipta?**

* **Pelan Business:** sehingga 3 tahap keahlian
* **Pelan Growth:** sehingga 5 tahap keahlian
* **Pelan Success:** sehingga 10 tahap keahlian
