> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tambah halaman kandungan untuk kedai anda

  

### Dalam artikel ini:

1.  Tambah halaman baru
    
2.  Terbitkan halaman ini di kedai
    
3.  Edit keterangan meta untuk halaman ini
    

##   
  
**1. Tambah halaman baru**

Pergi ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) > Saluran > Kedai online > Halaman > Tambah halaman > pilih templat anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e4976a4554d58800/347e3c34-2acc-4e7e-889e-730bf3_8an0f6.png)

*   Untuk templat kosong ( Templat 1 ) - isikan **Tajuk** dan **Penerangan** halaman anda.
    
*   Anda boleh menjana sampel polisi dalam templat kosong.
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d14145204f5e5000/7f2e4815-d725-4cca-982f-27443d_9ers5x.png)

*   Untuk templat-templat lain - isikan **Tajuk** dan pilih **Halaman kandungan**.
    
*   Setiap bahagian boleh dalam teks, [imej](https://help.easystore.co/store-design-and-content-%E7%BD%91%E5%BA%97%E8%AE%BE%E8%AE%A1%E4%B8%8E%E7%BD%91%E5%BA%97%E5%88%86%E9%A1%B5/page-content-and-navigations/add-clickable-image-in-page-content) atau [video](https://help.easystore.co/en/articles/3754963-tambah-video-youtube-autoplay-dalam-halaman-kandungan). Sekiranya anda tidak memerlukan bahagian itu, klik ikon tong sampah untuk padamkan bahagian.
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/49108fc16e0cb800/3a688fc1-6520-487b-b5a8-57a466_1cct84o.png)

* * *

## **2. Terbitkan halaman ini di kedai**

**Langkah 1 :** Dengan mewujudkan halaman tidak akan memaparkannya di mana-mana kedai online anda, anda perlu menerbitkannya dan mewujudkan navigator yang boleh paut ke halaman ini.  
  
**Langkah 2 :** Di sebelah kanan, pilih **Keterlihatan** yang menentukan **bila** **halaman** ini akan dapat dilihat di kedai online.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/46177cbb8a138400/855b5e27-89b3-4cf6-bcf9-89108a_jh24p1.png)

*   **Menerbitkan** - terbitkan segera
    
*   **Jadual** - tetapkan tarikh dan masa penerbitan tertentu
    
*   **Tidak dapat menerbitkan** - jangan terbit ( tersembunyi )
    

  
Langkah 3 : Pilih **Navigasi** yang menentukan **di mana pautan halaman** ini akan dapat dilihat di kedai online

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/186a54e3bfddc500/baee44f6-7586-4730-93d7-40544e_bmp6tt.png)

*   **Jangan tunjukkan di setiap menu** : sembunyi dari kedai online, berkongsi melalui URL laman ( salin dari bagian SEO )
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bff80b74b8324800/0a86b3e0-f951-47bb-a4aa-0fae75_hnf402.png)

*   **Menu utama, Pautan pantas footer** and **Terma & polisi footer**
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/77edcf2fc2db1800/afc69b61-56f2-4604-9a97-a986ce_1m5vrmx.png)

  

* * *

## **3. Edit keterangan meta untuk halaman ini**

**Langkah 1 :** Anda boleh edit keterangan meta SEO untuk halaman anda juga. Sekiranya tidak diedit, ia akan mengikut penerangan halaman anda secara lalai.  
  
**Langkah 2 :** Tatal ke bawah dan klik **Edit laman web SEO**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d483feb551fce800/bc94a864-f389-4038-b128-789501_1qw7p4z.png)

**Langkah 3 :** Edit **Keterangan meta** anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/ac94b5be0a84f000/5a34c153-cbb4-4219-920a-ca6be3_kk3b35.png)

**Langkah 4 :** Simpan dan selesai

Ini adalah video tutorial bagi cara untuk membuat halaman tanpa memerlukan pengetahuan coding: