> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tambah pesanan secara manual

  

### Dalam artikel ini:

1.  Bermula
    
2.  Tambah pelanggan untuk pesanan
    
3.  Tambah produk untuk pesanan
    
4.  Tambah remark dan nota  
    

## **1. Bermula**

**Langkah 1 :** Pergi ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/login) > Pesanan > Tambah pesanan.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/7479570811793c0/e5a02e9b-7ef8-4811-8953-5d4e6b_en6r66.png)

**Langkah 2 :** Terdapat 2 bahagian yang perlu diisikan:

*   Bahagian **pelanggan** pada sebelah kanan
    
*   Bahagian **produk** pada sebelah kiri
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/1d1335960f7e1100/7891c73e-049a-43a5-9a10-b4ba83_lwm838.png)

  
  

## **2. Tambah pelanggan untuk pesanan**

**Langkah 1 :** Terdapat 2 cara untuk tambah pelanggan dalam pesanan manual.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/eb5bb4b064f67000/eecea014-8cc7-4a1e-a7b1-4d6141_1usafq0.png)

**💡 Tips :** Jika **pilih dari senarai pelanggan yang sedia ada**, alamat bil dan penghantaran pelanggan akan ditambahkan secara automatik, tapi anda boleh edit atau tukar kepada pickup

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/edfecbab49bfa800/c866fa33-ff18-4af5-99be-3f97fb_14xwnfz.gif)

**💡 Tips :** Jika **Tambah pelanggan** dipilih, anda perlu isikan alamat bil dan penghantaran atau pilih lokasi pikap secara manual

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/477123a4d05bd800/f3235a7a-64e9-4421-a2a2-aac8ac_4l3g2e.gif)

  
  

## **3. Tambah produk untuk pesanan**

**Langkah 1 :** Terdapat 2 cara untuk tambah produk dalam pesanan manual:

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/822d248247078000/251123d3-39c7-4b1e-a86f-df717f_e0frf6.png)

*   1 - **Pilih dari senarai produk yang sedia ada**.
    
*   2 - Jika **Tambah produk disesuaikan** dipilih, anda perlu isikan maklumat asas produk ini untuk ditambahkan.
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/d7ff813854175000/a417e592-3953-4434-8b69-02c35d_uuo6qm.png)

**Langkah 2 :** Lepas tambah produk, anda juga boleh seterusnya tambah **diskaun, kaedah penghantaran** dan **cukai** untuk pesanan manual ini ( jika perlu ).

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/375c4105c0e24000/f60e9794-c89f-42b4-a2f1-54009a_1mgy8su.gif)

  

## **4. Tambah remark dan nota**

**Langkah 1 :** Akhir sekali selepas tambah pelanggan dan produk, anda boleh tambahkan remark dan nota untuk pesanan :

*   **Remark pelanggan** - boleh dijumpai oleh pelanggan di kedai online ( jika pelanggan berdaftar dan boleh log masuk Akaun Saya untuk semak maklumat pesanan )
    
*   **Nota penjual** - hanya boleh dijumpai oleh anda sendiri
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/1ede689690faf000/1af132c7-3a0e-4f02-9ec8-cc8fd0_d0gnhq.png)

**Langkah 2 :** Simpan dan selesai