> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tambah produk anda

  

## Dalam artikel ini:

1.  Sediakan maklumat produk
    
2.  Tambah produk yang **tiada variasi**
    
3.  Tambah produk yang **mempunyai variasi** contohnya warna, saiz
    

  
  

### 1. Sediakan maklumat produk

Anda perlu mengisi maklumat berikut untuk melengkapkan pengwujudan produk:

*   Imej produk
    
*   Tajuk produk
    
*   Penerangan produk
    
*   Variasi produk contoh saiz, warna ( jika berkenaan )
    
*   Harga jualan produk

---

### 2. Tambah produk yang tiada variasi

2.1 Pergi ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) > Produk > Tambah produk

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/cb5ba7a9924be800/a4d45fef-44f2-4493-a7a1-9f3288_1pei7fr.png)

2.2 Namakan **Tajuk** dan masukkan **Penerangan** produk anda.

Deskripsi produk haruslah sejelas mungkin, anda boleh berkongsi idea "cara penggunaan", itu akan membantu SEO

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/666f756d08392400/94bdcfcb-d8e5-45bd-a823-bd71ef_45qgn0.png)

  
2.3 Bahagian **Imej** - muat naik imej produk.

Definisi tinggi dan imej persegi disyorkan adalah 800 x 800px

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/add6f39984173800/06601d7e-711e-4cc2-aa44-fb02ac_13gcuqv.png)

2.4 Bahagian **Variasi** - langkau bahagian ini kerana produk ini tidak mempunyai sebarang varian.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/1dce2b45c9080000/74e207f4-1de4-440e-b755-69eb1d_14511qw.png)

2.4 Bahagian **Harga**:

*   **Harga** - harga jualan
    
*   **Perbandingan harga** - dipaparkan sebagai 'harga potong' diskaun di kedai online ( pilihan )
    
*   **Harga kos** - kos produk ( pilihan )
    
*   **Produk kena cukai** - semak kotak ini sekiranya cukai dikenakan ke atas produk ini
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/68562ebf91e4b400/16340add-e624-4f1e-af50-221a37_zw2ye2.png)

2.5 Bahagian **Inventori**:

*   **SKU** dan **Barcode** adalah pilihan
    
*   **Pengaturan inventori** - jika 'EasyStore menjejak inventori produk ini' dipilihkan, **Kuantiti** akan dikurangkan automatik apabila menerima pesanan dan produk akan ditandakan 'HABIS' apabila kehabisan stok
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e38d53fafe892800/f9db0bf3-6390-4fe6-9230-766341_1yvgjbo.png)

2.6 Bahagian **Penghantaran**

*   **Berat** dan **Dimensi** akan digunakan untuk mengira kadar penghantaran di checkout
    
*   Check kotak **Penghantaran percuma dengan produk ini** jika produk ini dihantar secara percuma ke semua lokasi ( kos pengendalian tidak akan dikecualikan untuk produk penghantaran percuma )
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/a69447003e401800/5602059b-8edf-415d-807f-31238e_1k44zin.png)

2.7 Bahagian **Pengoptimuman enjin carian** - edit keterangan meta untuk produk anda. Ia harus mengandungi kata kunci yang bakal dicari oleh pelanggan

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/9244c8acc5a8a000/314f318a-e731-42a9-8730-271705_1plcwld.gif)

2.8 Simpan dan siap.

---

### 3. Tambah produk yang mempunyai variasi contohnya warna, saiz

3.1 Begitu juga, mula dengan namakan **Tajuk** dan masukkan **Penerangan** produk anda.  
  
3.2 Bahagian **Imej** - muat naik imej produk termasuk imej untuk setiap varian  
  
3.3 Bahagian **Variasi** - Klik **Tambah varian** > masukkan **Jenis pilihan** dan **Penerangan**:

*   Gunakan **Enter** untuk memisahkan penerangan
    
*   Maksimum 3 jenis pilihan
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/49b0053319b74800/83882ad3-63f5-4534-9c3e-917ad7_11pmhhl.gif)

3.4 Isikan butiran variants anda.

Jika varian anda mempunyai kuantiti stok yang terhad, pilih **EasyStore menjejaki inventori produk ini** di langkah 3.5 yang seterusnya dan anda akan melihat ruangan Inventori muncul

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/64e80e9d29aff00/86b3ce2c-c05e-4862-bb7e-8939de_ntp052.gif)

3.5 Bahagian **Tetapan varians**:

Jika **EasyStore menjejak inventori produk ini** dipilihkan, anda boleh kembali ke atas untuk mengisi kuantiti di bawah ruangan Inventori

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/c47cb4536e4ad800/2655f72a-30a5-499a-bc37-c0e85d_1gz1a7n.png)

3.6 Bahagian Pengoptimuman enjin carian - rujuk langkah 2.7 di atas.  
  
3.7 Simpan dan **Edit lagi** untuk tetapkan imej untuk varian anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/dddbdea9361ac000/e13e6e56-b876-4bea-bbbf-bec6d0_1f4w8o4.png)

3.8 Tatal ke bawah ke bahagian **Variasi** dan pilih imej untuk varian anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/f7d8b8c483e3280/0acc1de6-c682-4670-8caf-e89835_kmuuoc.gif)

3.9 Simpan dan siap. Sekarang anda boleh muat naik produk yang seterusnya atau gunakan alat import untuk mengimport lebih banyak produk.

---

Sebaik sahaja selesai, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :

*   [Tetapkan kaedah pembayaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-pembayaran-1i19c6e/)
    
*   [Tetapkan kaedah penghantaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-penghantaran-1w82prm/)
    
*   [Memasang templat tema](/ms-my/article/memasang-templat-tema-b00f6y/)
    
*   [Main peranan sebagai pelanggan](/ms-my/article/main-peranan-sebagai-pelanggan-q9jfa8/)