> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tambah produk secara pukal

Disini, anda akan mengetahui cara muat naik produk secara besar-besaran menggunakan fail Excel atau CSV. Fungsi ini amat berguna jika anda mempunyai pelbagai produk. Ia dapat menjimatkan masa dan sangat tepat. Marilah kita lihat caranya:

**Langkah 1 :** Anda perlu muat turn templat fail muat naik.

**📌 Nota**: Templat muat naik buat masa ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris. Maka anda perlu tukar bahasa sistem anda ke Bahasa Inggeris dahulu sebelum anda boleh muat turun ( [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/login) > name kedai online di sudut kanan atas > Profil > tukar **Bahasa Panel Kawalan** ke **English** > **Simpan** )

Selepas itu, pergi ke Produk > Lanjut > Import produk

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/25e261a760e15400/a18f705a-7100-4240-a84a-d1dace_1xmt6f8.png)

**Langkah 2 :** Klik **CSV template** untuk muat turun templat fail muat naik. Selepas itu anda boleh tukar balik bahasa sistem anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/93a5ac6117c23000/94286d2c-6166-4e12-95cc-84ae93_153npko.png)

**Langkah 3 :** Buka fail Excel atau CSV, masukkan butiran-butiran produk anda ke dalam fail. Dilampirkan di bawah panduan mengenai penerangan dan had untuk setiap bidang ( anda boleh klik kanan pada gambar dan buka imej dalam tab baru untuk melihat dengan lebih jelas ).

**📌 Nota penting:**

*   Jangan tambahkan atau padamkan lajur
    
*   Satu fail boleh muat naik sebanyak 3 imej produk sahaja
    
*   Jika produk mempunyai variasi, semua variasi mesti mempunyai Handle yang sama
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e87e3183c5e3d000/d663cdc6-3e42-4461-ac7c-9acb2c_1na5toi.png)

**Langkah 4 :** Setelah selesai, simpan fail dalam format **.xlsx** atau **.csv**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/aba5212cd4e3d800/5f345e55-af6a-45d9-8ed5-ee85e4_168xfeu.png)

**Langkah 5 :** Kembali ke Admin > Produk > Lanjut > Import produk > klik **Choose File** untuk memilih fail yang anda simpan tadi.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/83dd9a18db1ca800/89886173-ede1-49ba-9b51-afa3a2_4nrxbp.png)

**Langkah 6 :** Bidang sistem sepatutnya sudah dipasang dengan lajur fail anda secara automatik. Sekarang klik **Import**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/423bd6d72561c000/b0099bda-669a-40b0-995f-2eece7_eqspc.png)

**Langkah 7 :** Produk-produk anda telah ditambah dengan berjaya.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/755098e724955400/8852c80d-ac5e-49ea-b438-0e220e_1ihbop7.png)

**Langkah 8 :** Siap!

### Anda juga boleh rujuk kepada tutorial video ini untuk memahami ciri import ini dengan lebih mendalam: