> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tambah trustmark di footer

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_ux53m0.png)

## Dalam artikel ini :

1. Pengenalan
2. Tambah trustmark di kedai online
3. Laraskan saiz dan kedudukan trustmark

---

### 1. Pengenalan

Artikel ini membantu anda untuk menambah trustmark di footer kedai online, kekalkan trustmark di bahagian bawah ikon media sosial.

**Apakah itu trustmark?**
Trustmark adalah **lencana perdagangan elektronik, imej atau logo** yang dipaparkan di laman web untuk menunjukkan bahawa perniagaan laman web telah ditunjukkan sebagai boleh dipercayai oleh organisasi penerbit.

**Manfaat dengan mempunyai trustmark**
Trustmark **memberi keyakinan** kepada pelanggan dan menunjukkan kepada mereka bahawa adalah selamat untuk melakukan perniagaan dengan laman web yang memaparkannya.

---

### 2. Tambah trustmark di kedai online

|| 📌 Nota : Kami menggunakan lencana Biztrust sebagai contoh dalam panduan ini


**Langkah 1 :** Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Mengubahkan sumber

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_jwajj3.png)

**Langkah 2 :** Di bawah **layout** > **theme.liquid**, carikan **social-links**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_8dpu10.png)

**Langkah 3 :** Masukkan kod di bawah selepas `</div>`.

```html
<a href="https://biztrust.ssm.com.my" target="_blank"><img style="width: 100px;" src="https://www.ssm.com.my/Pages/Product/PDF/BizTrust-01.png"></a>
```

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_1bpx99n.png)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/image_11uigtz.png)

**Langkah 4 :** Klik Simpan dan siap. 

| 💡 Tips : Jika anda mempunyai halaman dan imej trustmark sendiri, anda boleh gunakan kod di bawah dan menggantikan bahagian pautan halaman dan pautan imej dengan pautan-pautan anda sendiri.

```html
<a href="pautan halaman" target="_blank"><img style="width: 100px;" src="pautan imej"></a>
```

---

### 3. Laraskan saiz dan kedudukan trustmark

**Langkah 1 :** Jika anda ingin menyesuaikan saiz logo, anda boleh mengubah bahagian `width: 100px`; dengan menukarkan nombor 100.

**Langkah 2 :**  Anda boleh tambah bahagian `margin-left= 100%` ; ke dalam kod dan laraskan kedudukan trustmark dengan menukarkan bahagian left / right dan 100%.

```html
<a href="https://biztrust.ssm.com.my" target="_blank"><img style="width: 100px; margin-left= 100%; " src="https://www.ssm.com.my/Pages/Product/PDF/BizTrust-01.png"></a>
```

### GIF tutorial

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/b34797d9594d3000/add-trustmark_ozn86q.gif)

| 💡 Tips : Untuk melihatnya lebih besar, klik kanan pada tutorial gif dan klik "buka imej dalam tab baru"