> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tetapkan aplikasi Date/Time Picker

Ia sesuai untuk perniagaan yang membolehkan pelanggan memilih tarikh & masa penghantaran. Aplikasi ini membantu menentukan tarikh & masa untuk pesanan dihantar ke pelanggan mengikut kehendak mereka. Ia sesuai untuk perniagaan dalam talian seperti kedai bunga, kedai roti, _pre-order_ dan lain-lain

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/eae772150b567800/42bad0e2-9d75-48c6-a245-66486c_1ye3wra.png)

**Langkah 1 :** Log masuk ke akaun EasyStore anda > **Apps** > Lebih Aplikasi > Cari [Date Picker](https://www.easystore.co/apps/date-picker) > Install this app

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/a9d290567e4e9000/a0930cb9-0841-479e-9a41-563e81_17jsx50.png)

**Langkah 2 :** Tetapkan aplikasi date/time picker, boleh rujuk penjelasan syarat di bawah : -

**Tajuk (Petak Oren):** Ini adalah tajuk yang akan dipaparkan di halaman checkout  
  
**Minimum day (Petak Kuning):** Hari minimum untuk pesanan dihantar selepas pesanan ditempatkan. **(Contoh, pesanan ditempatkan pada 7/5/2017 dan hari minimum adalah '3', jadi tarikh yang sedia ada untuk penghantaran adalah dari tarikh 11/5/2017 dan tarikh seterusnya).**  
  
**Date format (Petak Hijau) :** Format tarikh yang akan ditunjukkan di pemilih tarikh.

**Start time & End time (Petak MerahJambu):** Waktu operasi untuk penghantaran pada hari tertentu dalam seminggu.  
  
**Available on a specific day (Petak Biru):** Peniaga boleh menetapkan hari yang tidak tersedia untuk penghantaran pada hari tertentu dalam seminggu.

**Not available for a specific date (Petak Coklat):** Peniaga boleh menetapkan tarikh yang tidak tersedia untuk penghantaran pada hari tertentu.

Sila rujuk screenshot ini untuk rujukan: -

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/603d4f75c8c58c00/b569b999-26ff-445e-b97c-4ef26b_1tsfcwo.png)

**Langkah 3** : Pastikan anda dayakan aplikasi Date/Time Picker

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/c3195e8003964000/76fd92ff-a82a-4082-b84c-7b35db_17bco1d.png)