> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tetapkan Borang Pesanan Whatsapp & LINE

## Di dalam artikel ini:

1.  Informasi penting
    
2.  Cara menetapkan Borang Pesanan Whatsapp/Line
    
3.  Shortlink Checkout untuk Borang Pesanan WhatsApp / LINE
    
4.  Tips

---

### 1. Informasi penting

*   Borang Pesanan WhatsApp tidak menyokong promosi pada waktu sekarang. Harga yang ditunjukkan pada borang pesanan adalah harga asal sahaja.
    
*   Urutan produk untuk Borang Pesanan WhatsApp adalah berdasarkan bila produk diterbitkan ke Online Store. Produk yang paling awal diterbitkan akan sentiasa muncul di bahagian atas.
    
*   Pelanggan boleh memilih bahasa pilihan untuk membeli di Borang Pesanan WhatsApp/Line. Bahasa sokongan terkini ialah Bahasa Inggeris, Mandarin Ringkas, Mandarin Tradisional & Thai
    
    ![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/20e9773ae1263a00/a8e29917-c456-4e14-8e9b-dcdda0_14omwhf.png)
    
*   Jika anda telah aktifkan gerbang pembayaran atau logistik pihak ketiga, pelanggan akan meneruskan ke halaman pembayaran biasa dengan mengikut bahasa yang telah ditetapkan di **Tetapan > Umum > Keutamaan Sistem > Bahasa Kedai Dalam Talian**
    
    ![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/18a26bab12777100/96e89410-d75c-4895-b399-e8809e_12jrajg.png)

---

### 2. Cara menetapkan Borang Pesanan WhatsApp/LINE

**Langkah 1** : [Admin panel](https://admin.easystore.co/) > Saluran > Whatsapp atau Line > Cipta borang pesanan

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/440fd6e70ea54000/1bce311c-e0f2-4497-a84e-79ce91_2fyg0h.png)

**Langkah 2** : Isi nama paparan dan nombor telefon anda yang akan menerima pesanan  

**Langkah 3 :** Simpan

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/7f2dbfc9f00a6000/6115162f-c532-42d3-b31c-0b78a2_yphgmf.jpeg)

**Langkah 4 :** Kembali ke Borang Pesanan > Tambah borang pesanan

**Langkah 5 :** Masukkan tajuk (rujuk imej di bawah)> Pilih produk untuk borang anda

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/89c3b48e3637c800/a9e12c0d-9e84-42c4-b744-63fc36_6b0fk8.jpeg)

**Langkah 6 :** Pilih maklumat yang anda perlukan dari pelanggan

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/f3e5fc6c064cb000/523a4eb3-ddd1-468a-8a0f-a404d9_1d3cbgh.jpeg)

**Langkah 7 :** Simpan > Dapatkan pautan borang pesanan anda.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/1915af4fe3b9b500/448e2675-f1c6-496f-a554-d9d9b2_153q6r.jpeg)

**Langkah 8 :** Kongsi pautan ini kepada pelanggan anda dan mula menerima pesanan melalui WhatsApp dan LINE!

Anda juga boleh mengikuti video tutorial kami di bawah untuk cipta Borang Pesanan Whatsapp:

---

### 3. Shortlink Checkout untuk Borang Pesanan WhatsApp / LINE

Checkout ringkas ini tersedia jika anda tidak mengaktifkan **kaedah penghantaran, pickup** & **pembayaran**. Pelanggan akan diarahkan ke 'Shortlink Checkout' untuk membayar pesanan jika anda tidak mengaktifkannya antara 3 tetapan tersebut. Jika salah satu dari 3 ini diaktifkan, pelanggan akan teruskan ke halaman checkout normal untuk bayar pesanan tersebut.

Apabila pelanggan membuat pesanan di shortlink checkout ini, pelanggan tidak perlu mengisi butiran seperti alamat penghantaran atau memilih kaedah pembayaran kerana anda tidak mengaktifkannya. Anda akan menerima pesanan borang pesanan sebagai pesanan yang belum dibayar.

Anda perlu menyelaraskan pembayaran atau penghantaran antara anda & pelanggan anda. Berikut adalah link bagi demo untuk checkout ringkas

[Shortlink Checkout](https://easy.co/4zcmd5)

---

### 4. Tips (Masukkan kod rujukan dalam borang pesanan WhatsApp & LINE)

Anda boleh masukkan kod tersuai untuk rujukan di pautan borang pesanan WhatsApp & LINE. Boleh rujuk panduan ini di [sini](https://help.easystore.co/en/articles/3927539-tetapkan-program-rujukan-di-kedai-dalam-talian-anda) untuk menetapkankan rujukan.

**Langkah 1 :** Salin kod di belakang pautan rujukan

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/7a1b8043357c8400/a7260849-cf85-4076-97a8-2642f4_1q5m09x.png)

**Langkah 2 :** Tampalkan kod rujukan tersebut di hujung pautan borang pesanan. Kemudian anda boleh mengesan pautan borang pesanan dari rujukan anda

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/cd3a6a8fc9aaa000/9659d680-e796-41ca-8d38-073b62_1vrnkpi.png)