> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tetapkan kaedah penghantaran

  

## Dalam artikel ini:

1.  Mengenai kaedah penghantaran
    
2.  Mewujudkan zon
    
3.  Tetapkan kaedah penghantaran untuk setiap zon
    
4.  Aplikasi penghantaran berintegrasi ( mengira kadar penghantaran secara automatik )
    
---

### 1. Mengenai kaedah penghantaran

Kaedah penghantaran merujuk kepada bagaimana anda menghantar produk kepada pelanggan anda dan berapa banyak yang anda akan cajkan. Kaedah yang berbeza boleh berbeza dari segi :

*   Pembekal perkhidmatan kurier ( Pos Laju, Skynet, FedEx, dll. )
    
*   Kaedah pengiraan ( berdasarkan berat, berdasarkan kuantiti item, dll. )
    
*   Kadar ( RM7 setiap kg, RM5 setiap item, dll. )

---

### 2. Mewujudkan zon

2.1 Sebelum tetapkan kaedah penghantaran, anda perlu mewujudkan kawasan penghantaran anda yang kami panggil zon. Anda boleh memisahkan zon anda mengikut negara / negeri / kod zip, seperti yang anda suka.  
  
2.2 Pergi ke [Admin EasyStore](https://admin.easystore.co/) > Tetapan> Pengiriman > Tambah zon penghantaran.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/6a129917a8f8c000/d2d1e6a2-6f88-4257-84d2-500846_19ysv5o.png)

2.3 Namakan zon ini dan pilih negara zon ini.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/c2970acad714300/05e3a176-77dd-4c3d-8a60-fc6141_1b6wfy4.png)

2.4 Sebaik sahaja negara terpilih, anda akan diminta untuk pilih lagi sub-kawasan ( ikut poskod atau negeri ).

| 💡 Tips: satu poskod / negeri hanya boleh digunakan dalam satu zon sahaja

**Masukkan poskod** - tentukan zon anda dengan memasukkan poskod secara manual

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/e67e1861d11f9800/cb7a6bfb-4c5f-408f-b5ff-32f13d_rh7ibt.png)

**Pilih dari senarai** - tentukan zon anda dengan memilih dari senarai negeri

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/de6d4dbf6de3e000/6723fbd1-dc0b-45fb-8f10-2f6e7b_1o5g1au.png)

---

### 3. Tetapkan kaedah penghantaran untuk setiap zon

3.1 Seterusnya, tambahkan kaedah penghantaran untuk zon ini.

| 💡 Tips: satu zon boleh mempunyai beberapa kaedah penghantaran, anda boleh tambah lagi selepas melengkapi satu kaedah
    

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/44cecb9cf49f100/cc43b0c7-c856-4800-9bc6-775fb2_4q87to.png)

3.2 Isikan tetapan untuk kaedah penghantaran ini. Anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ada panduan untuk menetapkan setiap kaedah penghantaran.  
  
[Kaedah penghantaran (Berdasarkan berat)](https://help.easystore.co/easystore/shipping-setup-%E5%BB%BA%E7%AB%8B%E8%BF%90%E9%80%81%E6%96%B9%E5%BC%8F/shipping-options/shipping-methods-based-on-weight)  
[Kaedah penghantaran (Berdasarkan kuantiti produk))](https://help.easystore.co/easystore/shipping-setup-%E5%BB%BA%E7%AB%8B%E8%BF%90%E9%80%81%E6%96%B9%E5%BC%8F/shipping-options/shipping-methods-based-on-weight)  
[Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap item)](https://help.easystore.co/easystore/shipping-setup-%E5%BB%BA%E7%AB%8B%E8%BF%90%E9%80%81%E6%96%B9%E5%BC%8F/shipping-options/shipping-methods-based-on-weight)  
[Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap pesanan)](https://help.easystore.co/easystore/shipping-setup-%E5%BB%BA%E7%AB%8B%E8%BF%90%E9%80%81%E6%96%B9%E5%BC%8F/shipping-options/shipping-methods-based-on-weight)

3.3 Simpan dan siap. Sekarang anda boleh teruskan untuk mengwujudkan zon yang seterusnya ( jika berkenaan ).  

---
  
### 4. Aplikasi penghantaran berintegrasi ( mengira kadar penghantaran secara automatik )

Kecuali kaedah penghantaran yang ditentukan sendiri seperti di atas, anda juga dapat menghubungkan perkhidmatan kurir pihak ketiga di kedai anda dengan mudah melalui integrasi aplikasi penghantaran.  
  
**Faedah menggunakan aplikasi penghantaran:**

*   Kira kadar penghantaran secara automatik dan kumpul dari pelanggan semasa checkout
    
*   Membolehkan anda memenuhi pesanan dan menempah perkhidmatan penghantaran terus dari pesanan EasyStore anda
    
*   Sokong percetakan airway bill ( tidak perlu ditulis tangan )
    
*   Sokong pemenuhan pukal dan pencetakan airway bill pukal
    

**Perkhidmatan kurier terintegrasi buat masa kini:**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/c937bfccae475800/cf2c9dfc-abbc-426e-8f34-7ea062_3jujwi.png)

---

Sebaik sahaja selesai, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :

*   [Tambah produk anda](https://help.easystore.co/en/articles/3734842-tambah-produk-anda)
    
*   [Tetapkan kaedah penghantaran](https://help.easystore.co/en/articles/3734846-tetapkan-kaedah-penghantaran)
    
*   [Memasang templat tema](https://help.easystore.co/en/articles/3734847-memasang-templat-tema)
    
*   [Main peranan sebagai pelanggan](https://help.easystore.co/en/articles/3734848-main-peranan-sebagai-pelanggan)
**    
**
**
**
**
**Artikel selanjutnya :**

[Sambungkan akaun EasyParcel](/ms-my/article/sambungkan-akaun-easyparcel-1ujhqk8/)

[Connecting Lalamove Malaysia Account](/en/article/integrate-with-lalamove-malaysia-n9m68e/)

[Connecting Lalamove Singapore Account](/en/article/integrate-with-lalamove-singapore-zy1qse/)