> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://support.easystore.co/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# Tuntut RM25 Kredit Percuma dari EasyParcel

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/dd3d614ada066800/671b40f7-0091-4430-9df5-b49425_der9xo.png)

Anda akan mendapat kredit percuma sebanyak RM25 setelah memenuhi pesanan yang pertama melalui [EasyParcel](https://easyparcel.com/my/bm/#) di kedai anda. 

## Dalam artikel ini:

1.  Bagaimana untuk menuntut?
    
2.  Soalan yang kerap ditanya
    
3.  Terma dan syarat

---
    
### 1. Bagaimana untuk menuntut?

**Langkah 1 :** Mendaftar akaun EasyParcel (sila ambil perhatian bahawa seorang hanya boleh mendaftar satu akaun, pengesahan akan diambil).

**Langkah 2 :** Langgan mana-mana [pelan EasyStore](https://www.easystore.co/en-my/pricing) (serendah RM59 / bulan).

**Langkah 3 :** Mengintegrasikan akaun EasyParcel anda di EasyStore anda.

**Langkah 4 :** Memenuhi pesanan yang pertama melalui EasyParcel di EasyStore. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/ee7b8ea32c110800/1eb64145-b67e-4079-9d19-cb64aa_g8ppx3.png)

**Langkah 5 :** Kredit percuma RM25 akan dikreditkan secara automatik ke akaun EasyParcel anda 24 jam selepas pemenuhan berjaya. 

---

### 2. Soalan kerap ditanya

1. **Bagaimana jika saya sudah memiliki akaun EasyParce**l?

Jangan risau, anda masih berpeluang menuntut kredit percuma RM25 sebaik sahaja anda memenuhi satu pesanan melalui EasyParcel di kedai anda.

**2. Bagaimana jika saya sudah memiliki akaun EasyStore?**

Anda masih layak untuk menuntut kredit percuma RM25 dengan memenuhi pesanan melalui EasyParcel di kedai anda.  

---

### 3. Terma & Syarat

*   Kredit percuma RM25 hanya tersedia untuk pesanan pertama yang berjaya dipenuhi melalui EasyParcel tanpa pembatalan
    
*   EasyParcel dan EasyStore berhak untuk menukar atau meminda mana-mana terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu
    
*   Jika anda tidak menerima kredit percuma sebanyak RM25 selepas memenuhi pesanan melalui EasyParcel, sila hubungi [support@easyparcel.my](mailto:support@easyparcel.my)