Articles on: Tetapan Umum

Menukar pemilikan kedai

Bilakah anda perlu menukar pemilikan kedai ?



Apabila anda ingin mengubah atau menggantikan akaun emel yang lain.

Apabila anda tersalah memasukkan alamat emel yang salah ketika pendaftaran.

Apabila anda ingin menukar pemilikan kedai.


📌 Nota penting: Cuma Pemilik Kedai sahaja yang boleh membuat perubahan ini. Anda hanya boleh menukar pemilikan kepada admin atau sebaliknya.


Langkah 1 : Pergi ke Admin Panel Easystore > Tetapan > Kakitangan 



Langkah 2 : Klik nama kakitangan yang anda ingin menukar pemilikan itu.



Langkah 3 : Klik Beralih kepada Pemilik.

📌 Nota penting : Hanya Pemilik Kedai sahaja boleh Beralih kepada Pemilik



Kedua-dua pemilik baru dan lama akan menerima emel jemputan selepas ianya dikemaskini. 

Setelah anda menukar pemilikan kepada akaun yang baru, anda boleh pergi ke Admin Easystore > Klik Lupa Kata Laluan untuk mengubah kata laluan baru.

Anda akan menerima emel pemberitahuan pada akaun emel yang didaftarkan di Easystore. Kemaskini kata laluan  untuk log masuk ke akaun anda. 

Semoga artikel ini membantu! 😍

Updated on: 27/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!