Articles on: Pelanggan, Keahlian & Promosi

Import Pelanggan

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara mengimport maklumat pelanggan anda secara pukal menggunakan fail Excel (.xlsx) atau CSV. Fungsi ini sangat berguna jika anda mempunyai ramai pelanggan. Ia dapat menjimatkan masa anda dengan ketara dan memastikan ketepatan sepenuhnya. Berikut merupakan caranya:

Langkah 1: Panel Admin EasyStore > Pelanggan > 3 titik di bahagian kanan skrin > Import customer


Langkah 2: Klik pada format fail yang anda inginkan

Templat CSV (Comma-separated values) untuk pengguna Opensource
Templat .xlsx (Excel workbook) untuk pengguna Excel


Langkah 3: Fail akan dimuat turun ke peranti anda. Cari fail tersebut, isi ruangan yang berkaitan, dan ingat untuk menyimpan perubahan yang dibuat.


Langkah 4: Kembali ke panel admin EasyStore anda dan pergi ke Customer > 3 titik di bahagian kanan skrin > Import customer. Pilih fail yang telah anda simpan sebelum ini, muat naik, dan siap!

💡Anda juga boleh mengemas kini maklumat pelanggan secara pukal menggunakan fail Excel atau CSV. Pastikan email (penanda utama) dalam fail sepadan dengan email dalam Panel Admin. Jika email tidak wujud, sistem akan menggunakan nombor telefon (penanda kedua) untuk mengesan dan mengemas kini rekod.

Jika anda ingin menambah maklumat pelanggan secara manual melalui Panel Admin EasyStore, kami menyediakan panduan A-Z yang boleh dirujuk di bawah:

Tambah pelanggan baru (secara manual)

Updated on: 05/12/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!