Kaedah penghantaran (Kadar rata per pesanan / flat rate)
Pengenalan
Menetapkan kaedah penghantaran kadar rata setiap pesanan membolehkan anda mengenakan caj penghantaran tetap, tanpa mengira jumlah item yang dibeli oleh pelanggan. Ini adalah pilihan yang baik jika anda ingin memudahkan kos penghantaran dan memberikan kadar yang konsisten kepada pelanggan semasa pembayaran.
Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan cara menetapkan kadar rata penghantaran di EasyStore untuk memastikan pengalaman pembayaran yang lancar bagi pelanggan anda. 🚚✨
Langkah 1: Pergi ke EasyStore Admin Panel > Settings > Shippings & Pick up > klik pada Add Zones & Rates

Langkah 2: Tambahkan zone name (tidak akan dipaparkan kepada pelanggan) > pilih country

Langkah 3: Selepas memilih country, anda akan diminta untuk memilih sub-region, sama ada melalui zip codes atau sub-region.
A. By Zip Codes – Masukkan zip codes secara manual untuk menetapkan zon penghantaran anda.
💡 Tip: Setiap zip code atau negeri hanya boleh ditetapkan kepada satu zone sahaja.

B. By Sub-Region – Pilih sub-region anda mengikut keperluan.

Langkah 4: Di bawah Methods and Rates > pilih Flat rate per order sebagai kaedah penghantaran.

Langkah 5: Tetapkan methods dan rates anda seperti tangkapan skrin di bawah.

Nota tambahan:
Handling Fee: Dikenakan per pesanan dan tidak dikecualikan untuk produk dengan penghantaran percuma.
Rate Range: Caj penghantaran untuk kaedah ini, biasanya berdasarkan kadar dari penyedia perkhidmatan kurier anda.
Free Shipping: Jumlah pesanan minimum yang diperlukan untuk melayakkan penghantaran percuma.
Contoh tetapan dari panel admin:

Contoh bagaimana ia akan dipaparkan kepada pelanggan anda di halaman pembayaran:

Langkah 6: Simpan dan selesai!
💡 Nota: Satu zone boleh merangkumi pelbagai kaedah penghantaran. Anda boleh menambah kaedah lain selepas menyelesaikan yang pertama.
Updated on: 31/01/2025
Thank you!