Panduan untuk mengubah suai tema (Bermula dari tema Aroma)

Reka bentuk kedai online anda sangat penting kerana ia mencerminkan identiti jenama anda dan menjadi tanggapan pertama pelanggan apabila mereka melawat laman anda.

Artikel ini berkongsi panduan untuk menggunakan tema Aroma dan tema lain yang dikeluarkan selepasnya. Tema-tema ini direka khas dengan susun atur yang fleksibel serta bahagian dan blok yang mudah untuk disunting. Anda kini boleh menambah, menyusun semula, dan mengubah halaman dengan mudah semuanya tanpa perlu tahu apa-apa tentang pengaturcaraan!


Tema Baru vs Tema Lama
Tetapkan Tema Anda
Bahagian yang Boleh Disesuaikan


1. Tema Baru vs Tema Lama



Pada masa ini, EasyStore menawarkan dua jenis tema: versi baru dan versi lama. Antara muka tetapan berbeza antara kedua-dua versi ini.
Tema Baru: Tema seperti Aroma dan tema yang dikeluarkan selepasnya.


Tema Lama: Tema seperti Candy dan tema yang dikeluarkan sebelum ini.




2. Tetapkan Tema Anda



Langkah 1: Pilih tema pilihan anda

Dari admin panel anda > pergi ke Channels > Online Store > Themes > klik pada Theme store


Langkah 2: Lihat tema yang tersedia dan pilih yang anda suka. Tema Muse akan digunakan sebagai contoh dalam langkah-langkah berikut.

Untuk melihat susun atur penuh, klik View Demo.
Klik Install untuk menggunakan tema tersebut di kedai online anda.

(Tema Muse akan digunakan sebagai contoh dalam langkah-langkah berikut.)


Langkah 3: Untuk mula mereka bentuk, klik Customize


Langkah 4: Tema ini terdiri daripada beberapa bahagian yang boleh disesuaikan yang disusun dari atas ke bawah. Bahagian-bahagian ini boleh disunting melalui sidebar kiri seperti dalam tangkapan skrin di bawah. Setiap butang di sidebar mewakili bahagian tertentu pada halaman utama apabila anda menatal ke bawah.


Anda juga boleh menyesuaikan halaman-halaman berikut:

Halaman utama
Halaman koleksi
Halaman troli
Halaman produk


Anda boleh beralih antara pratonton skrin yang berbeza (pelayar komputer, tablet, dan telefon bimbit) untuk melihat bagaimana kedai online anda dipaparkan dari pandangan pelanggan di pelbagai peranti.

---

Header



Langkah 5: Anda boleh mula dengan Header untuk menyesuaikan penjajaran logo anda, memuat naik imej logo, dan menyesuaikan warna bar & teks.



Halaman Utama



Langkah 6: Anda boleh menyesuaikan halaman utama anda berdasarkan bahagian yang boleh disesuaikan yang tersedia.

📌 Nota: Apabila anda pertama kali memasang tema, susun atur halaman utama lalai akan diterapkan. Jika anda ingin membuang sesuatu bahagian, klik pada bahagian tersebut, tatal ke bawah & pilih Remove section.


Anda juga boleh menambah new section di halaman utama anda.

3. Bahagian yang Boleh Disesuaikan



Halaman Utama



Video loop - Memainkan video secara berterusan dengan memulakan semula video apabila ia tamat, memberikan pengalaman tontonan yang lancar untuk pengunjung anda.
📌Nota: Anda perlu memuat naik video anda terlebih dahulu ke YouTube, kemudian salin pautan video dan tampalkannya ke dalam ruangan yang disediakan dalam tetapan.

Anda juga boleh menamakan semula teks, tajuk, label butang dan menambah pautan butang untuk mengarahkan pelanggan ke halaman / koleksi tertentu.



Featured Collection - Memaparkan koleksi produk terpilih di halaman utama anda, memudahkan pelanggan untuk menemui dan membeli item pilihan anda.

Anda juga boleh menggunakan bahagian ini untuk memaparkan barang baru atau koleksi terbaru bagi memastikan pelanggan anda sentiasa mendapat maklumat terkini dan terus terlibat. Untuk menyetupnya, pilih koleksi dari kedai anda, dan ia akan dipaparkan secara menonjol dalam bahagian Featured Collection di halaman utama anda.

Anda boleh menyesuaikan halaman dengan menetapkan jumlah collections per row, product display to be shown, mengubah image ratio, mengaktifkan butang "Add to Cart", memaparkan secondary image, show product information, dan memilih background color untuk produk tersebut.


Image banner - Memaparkan imej besar yang menarik di halaman utama anda, sesuai untuk mengetengahkan promosi, mempamerkan jenama anda, atau menampilkan produk atau koleksi tertentu.

Anda boleh mengedit text, heading, & button untuk mengarahkan pelanggan anda ke koleksi tertentu.


Anda juga boleh memuat naik imej latar belakang anda di bawah Settings.


Multicolumn - Memaparkan kandungan dalam beberapa kolum, membolehkan anda mengatur dan mempamerkan produk, koleksi, atau promosi dalam susun atur yang kemas dan mudah untuk dinavigasi.

Anda boleh menambah image, title, text, link text & link URL.


Anda boleh menambah sehingga 5 multicolumns dengan mengklik add block.

* Blog Post - Anda boleh menerbitkan artikel, kemas kini, atau berita di kedai online anda, membantu anda berinteraksi dengan pelanggan, berkongsi kandungan yang bernilai, dan meningkatkan SEO.

📌Nota: Anda perlu mencipta artikel anda dari admin panel > Channels > Online Store > Articles sebelum memilih artikel yang ingin diterbitkan / dipamerkan di kedai online anda.


Anda juga boleh menyesuaikan / mengedit tetapan berikut:



Featured Product - Menonjolkan produk tertentu di halaman utama kedai anda, menarik perhatian pelanggan dan memudahkan mereka untuk menemui dan membeli produk tersebut.

Anda boleh choose your product, menetapkan variant options untuk dipaparkan & mengaktifkan untuk memaparkan product variant image.


Contoh:


Home content - Deskripsi mengenai kedai anda yang dipaparkan di halaman utama, memberikan pengunjung gambaran keseluruhan tentang jenama, produk, dan tawaran anda. Anda juga boleh menambah imej, tetapi kandungan akan mengikut apa yang ditetapkan dalam**Online Store > Webpages > Home**.


Image with Text - Memaparkan imej dan teks bersama untuk mengetengahkan mesej atau maklumat.

Anda boleh menyesuaikan image width, menambah subtitle, title, rich text, button label bersama dengan button link. Anda juga boleh memilih untuk menetapkan image position & background & text color.


Promotion - Untuk menonjolkan tawaran istimewa atau diskaun di halaman utama anda.

Anda boleh menyesuaikan background & text colour untuk disesuaikan dengan susun atur kedai online anda. Tambah title, text, button label & button link. Promosi boleh ditambah sehingga 6 blok atau banner


Rich Text - Anda boleh menambah teks berformat untuk berkongsi lebih banyak mengenai jenama, nilai, atau cerita anda.

Anda boleh menyesuaikan heading, text, button label & link anda sendiri.


Slider - Memaparkan siri imej atau kandungan yang bergerak secara automatik atau manual. Anda boleh berkongsi beberapa item dalam satu ruang. Slide boleh ditambah sehingga 6 slides maximum.


Anda boleh menambah title, text, button, slide link, content position dan colors pada setiap slide.


Video - Anda boleh menambah video ke halaman utama anda dengan memuat naiknya ke YouTube terlebih dahulu. Kemudian, salin pautan tersebut dan tampalkannya ke dalam ruangan YouTube Video URL.

Anda boleh menambah title, image, pautan YouTube URL, dan enable full width jika diperlukan.


Product Variant Image di bahagian Product List & Product Page

Dalam tema Koji & Olive, anda boleh memaparkan imej varian produk di bahagian product list section & product page.


---

Collection Page



Anda boleh menyesuaikan halaman koleksi anda dan menetapkan bilangan koleksi setiap baris untuk dipaparkan kepada pelanggan anda serta tetapan umum.


Anda boleh menetapkan image ratio anda & settings lain seperti yang ditunjukkan.


Bahagian Settings membolehkan anda melaraskan elemen umum seperti font, warna, dan latar belakang. Pastikan anda mengemas kini favicon, ikon kecil di sebelah tab pelayar, dan logo untuk halaman checkout anda.

📌 Nota: Tetapan yang sama juga akan digunakan pada halaman Cart & Product Page.




Cart Page



Anda boleh menambah Featured Collection untuk menggalakkan pelanggan membeli lebih banyak dengan memaparkan produk tambahan yang mungkin menarik minat mereka.

Anda boleh menukar nama heading, memilih collection, melaraskan bilangan koleksi / produk untuk dipaparkan dalam satu baris, mengaktifkan show all button & image ratio. Anda juga boleh mengaktifkan tetapan lain seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah

---

Product Page



Anda boleh menyesuaikan ikon & teks di halaman produk anda. Secara lalai, ia akan memaparkan 3 ikon & teks berbeza seperti dalam tangkapan skrin di bawah.


Anda boleh memilih untuk edit it atau remove the block. Anda boleh menambah sehingga 6 icons maximum.


Anda juga boleh menyesuaikan perkara berikut di bawah Settings bagi setiap ikon dengan teks.





Di bawah Footer, anda boleh menetapkan social media channel, payment method, quick links & about us.


Anda boleh menamakan semula heading setiap bahagian mengikut keperluan.

1. Social Media



You can add your social media handle at the end of the link. When customers click on the icon in the footer, they will be redirected to your social media page.

Example:
Jika anda tidak menggunakan platform media sosial tertentu, anda boleh remove the link, dan ikon yang sepadan juga akan dipadamkan dari footer.

GIF sebagai rujukan:

2. Payment methods



Anda boleh nyahpilih kaedah pembayaran yang tidak digunakan, dan ikon yang sepadan juga akan dipadamkan. Selain itu, jika anda pilih kaedah pembayaran dalam kotak bawah, ia akan memaparkan semua kaedah pembayaran yang telah ditetapkan di panel pentadbir anda.




Quick links akan memaparkan laman web yang dibuat dalam Panel Admin anda di bawah Channels > Online Store > Webpages.

Untuk menjadikan halaman muncul di bahagian Quick Links, tetapkan navigasinya ke Quick Links Footer, seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah:


4. About us



Ini adalah tempat di mana anda boleh menambah teks untuk berkongsi gambaran ringkas mengenai misi, nilai, dan kisah kedai anda, membolehkan pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama anda.



Kini, anda boleh menambah blok / ikon aplikasi membeli-belah anda di bahagian Footer untuk menggalakkan pelanggan memuat turun Aplikasi Membeli-belah anda bagi pengalaman membeli-belah yang lebih lancar, terus dari bahagian footer.


📌 Nota: Jika anda tidak dapat melihat blok Aplikasi Membeli-belah, anda boleh menetapkan semula tetapan footer dengan pergi ke Online Store > Themes > Edit source > Sections > cari footer.liquid > klik reset.

Setelah selesai dengan semua penyesuaian tema, jangan lupa untuk klik save dan anda selesai!

Updated on: 21/01/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!