Articles on: Memasarkan kedai atas talian anda

Pengenalan mengenai Borang Pesanan WhatsApp/Line

Artikel ini mengandungi:


  1. Mengenai Borang Pesanan WhatsApp / LINE
  2. Ciri ciri utama yang ada pada Borang Pesanan Whatsapp/Line
  3. Cara Borang Pesanan Whatsapp berfungsi
  4. Jenis Borang Pesanan Whatsapp


1. Mengenai Borang Pesanan WhatsApp / LINE


  • Buat satu borang sahaja dan anda akan mendapat pautan kekal untuk setiap borang yang dibuat, pautan itu adalah pautan yang telah dipendekkan (contohnya:
    https://easy.co/qvgg) yang boleh dikongsi di seluruh media sosial, atau aplikasi messaging. 
  • Pelanggan boleh membuat pesanan dan membuat bayaran melalui WhatsApp / LINE
  • Anda boleh membuat borang yang berbeza yang terdiri daripada produk yang berbeza. Sebagai contoh, satu borang adalah untuk makanan laut, satu lagi borang untuk sayur-sayuran. 
  • Kami mencadangkan bahawa satu borang tidak lebih daripada 30 produk untuk pengalaman yang lebih mobile-friendly untuk pelanggan anda. 



2. Ciri ciri utama yang ada pada Borang Pesanan Whatsapp/Line




3. Cara Borang Pesanan Whatsapp berfungsi


Mesej dari pelanggan


  1. Pelanggan anda mesej anda di WhatsApp / LINE
  2. Hantar pautan borang pesanan kepada pelanggan anda
  3. Pelanggan memilih produk yang mereka berminat, isi butiran > "Send Message" untuk tanya lebih lanjut atau "Buy Now" untuk terus dengan pembayaran
  4. Anda menerima pesanan melalui WhatsApp / LINE
  5. Sekiranya "Send Message" ditekan, pautan kedua akan dihasilkan, pelanggan dapat klik pautan ini untuk terus dengan pembayaran juga



Kongsi pautan anda pada aplikasi media sosial / aplikasi messaging 


  1. Pelanggan klik pada pautan untuk membuat pesanan
  2. Anda menerima pesanan melalui WhatsApp / LINE
  3. Pelanggan boleh klik pada pautan kedua untuk membayar


Ini adalah salah satu demo pada perbualan :





4. Jenis Borang Pesanan Whatsapp


Di EasyStore kami menyediakan 3 jenis Borang Pesanan Whatsapp:


  • Basic Order Form. Borang pesanan ini membolehkan pelanggan anda mempunyai pelbagai pilihan kaedah pembayaran dan penghantaran.
  • One-Page Order Form. Borang pesanan ini membolehkan pelanggan anda membuat pembayaran dengan mudah dalam WhatsApp
  • Shortlink Order Form. Borang pesanan ini menerima pesanan sahaja tanpa perlu menyediakan sebarang kaedah pembayaran atau penghantaran (aturan manual)
    **
    **
    **
    **
    **
    Artikel berkaitan:


Tetapkan Borang Pesanan Whatsapp & LINE

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!