Articles on: Tuntutan promosi

Tebus domain .com percuma

Anda layak untuk tebus satu domain .com untuk tahun pertama ATAU satu tahun pembaharuan domain .com percuma dengan syarat-syarat berikut:

Kedai anda telah melanggan mana-mana pelan Lite, Standard atau Business tahunan atau ke atas kami, dan

Kedai anda tidak pernah menebus sebarang domain baru atau pembaharuan domain dari kami, dan

Domain .com itu dihoskan oleh EasyStore, dan

Domain .com itu masih available ( untuk domain baru )


Dalam artikel ini:



Cara menebus domain baru

Sahkan domain dan aktifkan SSL


1. Cara menebus domain baru



Langkah 1 : EasyStore Admin > Saluran > Kedai Online > Domain > Daftar domain baru



Langkah 2 : Masukkan dan cari nama domain pilihan anda.



Langkah 3 : Jika domain anda boleh didapati, anda akan diminta untuk mengisi maklumat pendaftaran domain> isi butiran> klik Tebus untuk menebus domain untuk RM0 (anda akan menerima invois dengan jumlah RM0).



📌 Nota penting :

Anda akan menerima satu emel pengesahan selepas menebus domain anda, pastikan anda sahkan butiran dalam emel tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan domain anda tidak dapat melayari selepas 14 hari.


2. Sahkan domain dan aktifkan SSL



Langkah 1 : Selepas pengesahan, mohon izinkan 24 jam untuk domain tersebut disahkan dan masuk ke dalam talian.

Langkah 2 : Setelah domain telah disah, statusnya akan berubah menjadi 'Tanpa jaminan' (seperti gambar di bawah). Sila klik pada 'Tanpa jaminan' untuk aktifkan sijil SSL.





Langkah 3 : Statusnya akan berubah menjadi 'Terjamin'. 




Terma & Syarat



Penebusan adalah terhad kepada nama domain .com sahaja.

Penebusan itu tidak sah untuk nama domain premium.

Nama domain tidak boleh berubah setelah didaftarkan.

Promosi ini hanya untuk pendaftaran domain tahun pertama sahaja.

Promosi ini tidak boleh dipakai dengan promosi domain lain.

Promosi hanya boleh ditebus sekali untuk setiap langganan.

Nama domain yang ditebus tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dalam satu tahun.

EasyStore berhak meminda terma dan syarat tawaran ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Dengan menerima promosi ini, anda bersetuju dengan syarat perkhidmatan kami.

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!