Articles on: Pembayaran

Tetapkan pemindahan bank

Dalam artikel ini:



Pengenalan

Tetapkan kaedah pembayaran pindahan bank

Bagaimana pelanggan bayar menggunakan kaedah pembayaran pindahan bank


**1. Pengenalan**



Kaedah pembayaran pindahan bank membolehkan pelanggan anda untuk memindahkan jumlah pembelian secara langsung ke dalam akaun bank anda secara manual melalui mesin deposit tunai, ATM, atau atas talian. Butiran akaun bank anda akan dipaparkan pada masa checkout.

**2. Tetapkan kaedah pembayaran pindahan bank**



Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Tetapan > Pembayaran > Tambah kaedah pembayaran > pilih Bank Transfer.



Langkah 2 : Isikan Paparan nama pilihan anda dan butiran bank anda di dalam Arahan pembayaran.

💡 Tips: Anda juga boleh edit / tambah mesej dalam Arahan pembayaran yang anda ingin pelanggan anda ikuti semasa membuat pembayaran



Langkah 3 : Simpan dan siap.

**3. Bagaimana pelanggan bayar menggunakan kaedah pembayaran pindahan bank**



Langkah 1 : Pelanggan checkout > Pilih kaedah pembayaran Pemindahan Bank > Hantar

Selepas itu, pelanggan anda memindahkan/bank-in jumlah pesanan secara manual ke dalam butiran bank anda.



Langkah 2 : Di halaman seterusnya, pelanggan boleh muat naik bukti pembayaran mereka ( resit / slip pemindahan / slip bank-in ) dan memberikan nombor rujukan untuk anda mengesahkan pembayaran mereka.

💡 Tips : Pelanggan boleh salin pautan URL halaman ini supaya mereka boleh kembali untuk muat naik resit selepas pembayaran.



Langkah 3 : Sekiranya pelanggan berdaftar terlepas halaman di atas untuk muat naik resit, mereka juga boleh melampirkan bukti pembayaran mereka dan memberikan nombor rujukan mengikut langkah-langkah di bawah :


Log masuk akaun mereka > pergi ke Akaun Saya.



Selepas itu, klik pada nombor pesanan.



Skrol ke bahagian bawah di sebelah kanan > muat naik bukti pembayaran dan masukkan nombor rujukan > Hantar > Selesai.



📌 Nota Penting:

Pesanan yang bayar melalui kaedah pembayaran Pemindahan Bank tidak akan ditandakan secara automatik sebagai dibayar. Anda perlu mengesahkan pembayaran yang diterima secara manual. Sebaik sahaja disahkan, anda perlu menandakan pesanan secara manual sebagai dibayar.

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!