Articles on: Alat promosi

Diskaun - Pesanan dengan sebarang pembelian

Ada di dalam plan :



Free trial

Plus (old plan)

Premium (old plan)

Lite

Standard

Business


Artikel ini mengandungi:



Tentang diskaun ini dan contohnya

Membuat promosi

Tetapan promosi

Syarat tambahan


1. Tentang diskaun ini dan contohnya



Alat ini akan memberikan potongan harga untuk produk di seluruh kedai atas talian tanpa memerlukan perbelanjaan minimum.

2. Membuat promosi ini



2.1 Pergi ke EasyStore Admin > Promosi > Tambah promosi > Pilih Potongan 20% untuk sebarang pembelian



2.2 Masukkan tajuk promosi yang dikehendaki :

Tajuk promosi - untuk rujukan anda sahaja, tidak ditunjukkan kepada pelanggan.

Tajuk paparan di kedai atas talian - akan dipaparkan kepada pelanggan di pelbagai halaman



3. Tetapan promosi





Pilihan diskaun

Dengan peratus - diskaun X% daripada keseluruhan pesanan
Dengan jumlah tetap - diskaun jumlah tetap $X daripada keseluruhan pesanan

Tarikh Aktif

Tetapkan tarikh mula promosi. Untuk menetapkan tarikh tamat promosi, nyah tanda 'Tanpa tarikh luput' dan kotak pilihan akan muncul.

4. Syarat tambahan



4.1 Syarat-syarat ini adalah pilihan dan anda boleh membiarkannya sebagai lalai sekiranya tidak berkaitan.

4.2 Sekiranya berkenaan, pesanan yang memenuhi semua syarat dalam tetapan promosi di atas juga harus memenuhi syarat tambahan di bawah untuk menikmati promosi.



Kod baucer - jika berkenaan, pelanggan mesti menggunakan kod baucar semasa pembayaran
Sasar pelanggan - siapa yang boleh menggunakan promosi ini
Had penggunaan stor - berapa kali promosi ini dapat digunakan secara total
Had penggunaan bagi setiap pelanggan - berapa kali setiap pelanggan boleh menggunakan promosi ini

💡 Tips yang anda perlu tahu: Setelah selesai, anda boleh merujuk Ringkasan di sebelah kanan untuk mengesahkan sebelum menyimpan (setelah disimpan tidak dapat diedit).



Warna label promosi boleh diubah, rujuk guide untuk arahan.

Satu pesanan hanya boleh menggunakan satu kod baucer.

Updated on: 27/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!