Articles on: Alat promosi

Diskaun - Setiap RMX dibelanjakan

Terdapat di dalam plan :



Free trial

Lite

Standard

Business


Artikel ini mengandungi :



Tentang diskaun ini beserta contoh

Membuat promosi

Tetapan promosi

Syarat tambahan



1. Tentang diskaun ini beserta contoh



1.1 Diskaun ini akan memberikan potongan pada setiap jumlah $ X yang dibelanjakan untuk pesanan.

Contoh:

Diskaun $10 untuk setiap $100 yang dibelanjakan.

Jika pelanggan membelanjakan $200, pelanggan akan dapat $20 ($10 +$10) diskaun keseluruhannya.



2. Membuat promosi



2.1 Pergi ke EasyStore Admin > Promosi > Tambah promosi > Pilih Potongan RM20 setiap RM100 dibelanjakan



2.2 Masukkan tajuk promosi yang dikehendaki ::

Tajuk promosi - untuk rujukan anda sahaja, tidak ditunjukkan kepada pelanggan.

Tajuk paparan di kedai atas talian - akan dipaparkan kepada pelanggan di pelbagai halaman




3. Tetapan promosi





Apabila setiap jumlah pesanan bersamaan dengan



X, di mana setiap jumlah $ X dalam pesanan akan mencetuskan jumlah diskaun $ Y di bawah.

Jumlah diskaun

di mana jumlah $ Y akan didiskaunkan untuk setiap jumlah $ X di atas.

Tarikh Aktif

Tetapkan tarikh mula promosi. Untuk menetapkan tarikh tamat promosi, nyah tanda 'Tanpa tarikh luput' dan kotak pilihan akan muncul.



4. Syarat tambahan



4.1 Syarat-syarat ini adalah pilihan dan anda boleh membiarkannya sebagai lalai sekiranya tidak berkaitan.

4.2 Sekiranya berkenaan, pesanan yang memenuhi semua syarat dalam tetapan promosi di atas juga harus memenuhi syarat tambahan di bawah untuk menikmati promosi.



Kod baucer - jika berkenaan, pelanggan mesti menggunakan kod baucar semasa pembayaran
Sasar pelanggan - siapa yang boleh menggunakan promosi ini
Had penggunaan stor - berapa kali promosi ini dapat digunakan secara total
Had penggunaan bagi setiap pelanggan - berapa kali setiap pelanggan boleh menggunakan promosi ini

💡 Tips: Setelah selesai, anda boleh merujuk Ringkasan di sebelah kanan untuk mengesahkan sebelum menyimpan (setelah disimpan tidak dapat diedit).



Warna label promosi boleh diubah, rujuk guide untuk arahan.

Satu pesanan hanya boleh menggunakan satu kod baucer.

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!