Pamerkan produk di Shopee

Dalam artikel ini:



Pamerkan produk di Shopee
Import produk dari Shopee ke EasyStore
Tetapkan harga jual Shopee di EasyStore
Tetapan Tambahan


1. Pamerkan produk di Shopee



Langkah 1: Pergi ke EasyStore's Admin Panel > Products > klik pada produk > pilih More actions > Publish on Shopee Malaysia


or

Jika anda ingin pamerkan secara pukal, pergi ke EasyStore's Admin Panel > Products > Tick products yang anda ingin terbitkan > More Actions > klik Publish on Shopee Malaysia


Langkah 2: Pilih Category pada halaman Sync Product Detail. Pastikan anda memilih kategori yang betul untuk produk anda kerana Shopee mungkin mengenakan sekatan untuk pengkategorian yang salah. Ketahui lebih lanjut dengan merujuk kepada Garis Panduan Penyenaraian Shopee



Langkah 3: Setelah anda memilih kategori, anda perlu mengisi semua maklumat untuk setiap bahagian yang disenaraikan , seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah.

Specification

Menetapkan atau memasukkan brand adalah wajib, manakala maklumat lain adalah pilihan.


Shipping

Anda boleh memilih harga penghantaran dan kaedah penghantaran mengikut keperluan. Tetapan penghantaran yang dipilih di sini akan digunakan untuk setiap produk secara individu semasa proses penyelarasan.


Sales information

Jika anda ingin menetapkan harga jual yang berbeza untuk Shopee berbanding dengan Kedai Dalam Talian anda, anda boleh tanda pilihan di sini untuk menyesuaikan harga jual anda mengikut kehendak.


Others

Di sini, anda boleh mengaktifkan pilihan pra-tempahan jika produk anda perlu dipesan terlebih dahulu. Setelah selesai, anda boleh klik submit dan produk anda akan diselaraskan ke Shopee.


📌 Nota: Jika anda mengalami sebarang ralat semasa proses penyelarasan, anda boleh memeriksa beberapa bahagian berikut:

Selepas menyelaras produk di halaman Sync Product Detail

Anda akan dapat melihat sebab bagi penyelarasan yang tidak berjaya.


Di Saluran Shopee dari panel pentadbir EasyStore

Pergi ke Apps > Shopee Malaysia > Produk > Status, kemudian klik pada butang Error berwarna merah jambu untuk melihat butiran lanjut.


Halaman tetapan produk

Dari panel admin > Products > klik pada nama produk > channel availability di sebelah kanan skrin.


Langkah 4: Setelah anda membetulkan ralat tersebut, anda akan melihat sesuatu seperti ini jika produk anda telah diselaraskan dengan berjaya.


Langkah 5: Anda juga boleh semak produk yang telah diselaraskan dengan berjaya di Shopee Seller Centre > My Products


📌Nota:

Ciri-ciri produk seperti tajuk, imej, harga, dimensi, dan lain-lain, akan diselaraskan secara automatik ke Shopee jika terdapat sebarang perubahan yang dibuat di EasyStore. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan pada penerangan produk memerlukan penyelarasan semula secara manual.

Jika penerangan produk telah dikemas kini di EasyStore selepas penyelarasan pertama, pergi ke Channels > Shopee Malaysia > Produk > Cari nama produk > pilih produk > kemas kini butiran (jika perlu) > Publish.

---

2. Import Produk dari Shopee ke EasyStore



Langkah 1: Pergi ke Admin Panel EasyStore > Channels > Shopee Malaysia > klik Import Products


Langkah 2: Pilih produk yang anda ingin import dari Shopee Seller Centre

Anda boleh memilih kaedah import produk anda:

Apply create new - jika anda mahu menambah produk yang diimport sebagai item baru di EasyStore
Select Product - jika anda mahu menghubungkan produk yang diimport kepada produk yang sedia ada di EasyStore

📌Nota: Jika produk yang sedia ada di EasyStore sepadan dengan produk yang baru diimport, sistem akan menghubungkan kedua-duanya secara automatik, seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah:


Selepas selesai, ia akan kelihatan seperti ini:


Langkah 3: Produk yang diimport akan diproses


Sebaik sahaja selesai, produk akan disenaraikan sebagai published seperti dalam tangkapan skrin di bawah

---

3. Tetapkan harga jual Shopee di EasyStore



Langkah 1: Jika anda ingin menetapkan harga jual yang berbeza di Shopee berbanding EasyStore, anda boleh melaraskannya terus di EasyStore. Pergi ke Panel Admin EasyStore > Shopee > Produk, kemudian klik pada +0% di bawah harga Shopee.


Langkah 2: Anda boleh memilih untuk menaikkan atau menurunkan harga jual di Shopee sama ada dengan peratusan (%) atau jumlah tetap (MYR). Selepas membuat pelarasan, klik Update




4. Tetapan Tambahan



4.1. Menambah watermark pada imej produk


Anda boleh menambah atau mengalih keluar watermark daripada produk yang dipilih yang akan dipaparkan pada halaman Shopee anda.

Langkah 1: Untuk berbuat demikian, dalam tetapan saluran Shopee Malaysia anda, di bawah Produk > klik pada More > dan pilih Product Watermark


Langkah 2: Anda akan dibawa ke halaman tetapan Product Watermark. Ini adalah halaman di mana anda boleh melihat watermark yang telah ditambah / menambah watermark produk baru. Klik Add Product Watermark untuk memulakan.


Langkah 3:

Masukkan tajuk gambar Product Watermark (untuk rujukan anda sahaja) > Muat naik gambar watermark anda > klik Save.


Setelah dibuat, ia akan disenaraikan di sini.


Langkah 4: Anda boleh pergi ke bahagian Product di Saluran Shopee untuk mula menggunakan tanda air pada gambar produk anda.

Untuk tambah watermark pada gambar produk, "tanda" produk yang dipilih > klik Apply Watermark
Untuk buang tanda air pada gambar produk, "tanda" produk yang dipilih > klik Remove Watermark


Langkah 5: Jika anda memilih untuk Apply Watermark, pop-up akan muncul membolehkan anda untuk pilih imej watermark. Kemudian, klik Apply.


Langkah 6: Klik OK untuk meneruskan


Langkah 7: Setelah anda klik Apply, pemberitahuan akan muncul di bahagian atas menunjukkan bahawa tanda air sedang diterapkan pada gambar produk anda di halaman produk Shopee. Biasanya, proses ini akan mengambil masa sekitar 2-3 minit untuk menyelaraskan tanda air. Anda juga akan melihat status produk sebagai Inque.


Setelah proses selesai, status akan dikemas kini kepada Published


Langkah 7: Setelah proses selesai, inilah bagaimana hasilnya akan dipaparkan:


📌Nota Penting:

Anda boleh mencipta maksimum 10 watermark.
Hanya format .png diterima untuk imej watermark.
Pastikan warna latar belakang watermark adalah transparan atau putih; jika tidak, ia mungkin menindih imej produk.
Watermark hanya akan diterapkan pada imej pertama produk.
Pelarasan koordinat tidak tersedia buat masa ini. Oleh itu, jika anda ingin meletakkan logo perniagaan (contohnya) di sudut imej, anda perlu memuat naik watermark dengan logo yang telah diletakkan di posisi tersebut. Sebagai contoh, seperti ini:

---

4.2 Penilaian Produk


Anda juga boleh memaparkan penilaian produk Shopee Malaysia di kedai dalam talian. Untuk melakukannya, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Sekali lagi, dari tetapan saluran Shopee Malaysia anda > di bawah Produk > klik More > pilih Product Rating


Langkah 2: Aktifkan tetapan untuk memaparkan penilaian produk Shopee di kedai dalam talian anda.


Inilah cara ia akan dipaparkan di kedai dalam talian anda di halaman produk.

Contoh tangkapan skrin dari kedai dalam talian salah satu pengguna EasyStore

---

4.3 Tetapan Akaun



Terdapat beberapa bahagian yang perlu anda tetapkan di bawah saluran Shopee anda. Dari Saluran Shopee Malaysia, anda boleh pergi ke Accounts > klik pada ikon pensel


A. Lokasi Inventori


Anda perlu menentukan lokasi dari mana produk anda akan diselaraskan. Dengan ciri Multi Location Inventory, anda kini boleh menguruskan kuantiti inventori untuk saluran pasaran individu.

Bagi saluran Shopee, penyelarasan produk dan pemprosesan pesanan akan menggunakan inventori dari lokasi yang dipilih sahaja.


Jika anda ingin menambah lokasi baru untuk sumber inventori bagi saluran Shopee, anda boleh menambahnya melalui EasyStore’s admin > Settings > Locations.

📌 Nota Penting


Secara lalai, inventori untuk semua saluran pasaran akan diperoleh dari primary location yang ditetapkan di panel admin EasyStore > Settings > Locations.

Anda akan menerima emel "Tindakan Diperlukan: Kemas Kini Lokasi Inventori" jika lokasi yang dipilih dipadam dari Settings > Locations. Emel-emel ini akan dihantar ke Account Email yang dinyatakan dalam Admin Panel Settings Page.

Inventori produk akan diselaraskan semula secara automatik jika lokasi yang dipilih diubah atau dikemas kini di halaman tetapan saluran Shopee Malaysia.

Ciri Multi Location, yang tersedia di bawah EasyStore’s Retail Plan, diperlukan untuk mengaktifkan Inventory Adjustment bagi Shopee.

B. Product Settings


Selling price in EasyStore
Anda boleh memilih harga produk yang ingin anda selaraskan ke Shopee

Price in EasyStore - Harga jualan di EasyStore
Compare at price in EasyStore - Harga asal (sebelum diskaun)


| 💡 EasyStore kini menyokong penukaran harga berdasarkan kadar mata wang yang ditetapkan di EasyStore Admin Panel. Ini bermaksud anda kini boleh mula menyelaraskan akaun EasyStore anda ke pelbagai wilayah Shopee.
Apabila memadam produk dalam EasyStore
Ini adalah tempat anda memilih tetapan apabila memadam produk dalam EasyStore & bagaimana ia akan dipaparkan di Shopee Seller Centre

Do nothing in Shopee Malaysia – Produk anda di Shopee akan kekal tidak terjejas.
Set as inactive in Shopee Malaysia – Produk anda di Shopee akan tidak disenaraikan, membolehkan anda menyembunyikan senarai produk sementara tanpa kehilangan sebarang maklumat.
Delete permanently in Shopee Malaysia – Produk anda di Shopee akan dipadamkan secara kekal & tidak boleh dipulihkan

📌⚠️ Kami mengesyorkan untuk memilih Do nothing in Shopee atau Set as inactive, kerana apabila produk dipadamkan secara kekal, ia tidak boleh dipulihkan. Kecuali anda benar-benar ingin memadamkannya secara kekal.


Sync product attributes
Jika anda ingin EasyStore secara automatik menimpa butiran produk anda di halaman Shopee anda setiap kali kemas kini dilakukan dalam EasyStore (seperti nama produk, harga, penerangan, dll.), anda boleh mengaktifkan butang yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah:


C. Orders Settings


Manage Shopee orders with EasyStore. Setelah ini diaktifkan, semua pesanan Shopee anda akan diselaraskan & dipaparkan dalam akaun EasyStore anda. Anda juga boleh mengurus pesanan Shopee dari panel admin anda.

Bagaimana anda ingin syiling Shopee dan baucar dipaparkan dalam pesanan? Anda boleh memilih untuk menetapkan salah satu daripada pilihan berikut:

As discount in EasyStore - dipaparkan dalam diskaun
As payment method in EasyStore - dipaparkan dalam sejarah


D. Logistic Settings


Caj Penghantaran diselaraskan daripada harga penghantaran yang telah anda tetapkan atau aktifkan daripada Shopee Seller Centre > My products > Product Details page dalam tetapan akaun anda.


📌 Nota: "Enabled" atau "Disabled" akan mengikuti tetapan penghantaran anda di Shopee Seller Centre. Anda boleh mengedit yuran untuk setiap produk selepas itu.

Langkah 6: Setelah selesai, anda boleh mula menyegerakkan produk ke Shopee Seller Centre anda.

Updated on: 22/01/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!