Pengurusan Peti Masuk WhatsApp (Peti Masuk Mesej)
Dalam artikel ini:
1. Pengenalan
Ciri Pengurusan Peti Masuk WhatsApp membantu mengurus dan memberi respons dengan lebih cekap kepada pertanyaan dan mesej pelanggan melalui WhatsApp Business API. Ciri ini membantu perniagaan kekal teratur dan responsif terhadap keperluan pelanggan.
Setelah nombor WhatsApp anda disambungkan dengan ciri ini, anda boleh menerima dan membalas pertanyaan WhatsApp terus melalui tetingkap perbualan yang dimulakan di bawah bahagian Mesej EasyStore.
2. Tambah platform WhatsApp Business
Langkah 1: Pergi ke panel admin EasyStore > Messages > Messaging Channel > Pilih WhatsApp Business
Anda juga boleh menambah platform dari Inbox. Anda perlu klik add platform seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah > pilih WhatsApp Business
Langkah 2: Jika anda belum pernah mencipta akaun WhatsApp Business sebelum ini, anda boleh klik Setup guide untuk panduan bagaimana untuk menyediakan WhatsApp Business anda. GIF sebagai rujukan.
Setelah anda klik "Go to WhatsApp Business account settings," ia akan membawa anda ke halaman Tetapan Meta Business Manager untuk menambah Akaun WhatsApp.
Langkah 3: Klik Add WhatsApp account.
Langkah 4: Masukkan nombor telefon anda & klik continue
Langkah 5: Anda akan menerima kod pengesahan / verification code melalui nombor WhatsApp anda. Masukkan kod tersebut & klik continue
Langkah 6: Klik done selepas ia berjaya ditambah
Langkah 7: Dari panel admin anda > isikan platform name & klik Connect to Facebook
Langkah 8: Halaman ini akan meminta anda untuk log masuk ke akaun Facebook anda untuk disambungkan dengan EasyStore. Klik get started
Langkah 9: Pilih business portfolio anda & isikan maklumat perniagaan anda, kemudian klik next
Langkah 10: Cipta atau pilih akaun WhatsApp Business anda & klik next
Langkah 11: Cipta profil WhatsApp Business, isikan semua maklumat yang diperlukan
- Nama akaun WhatsApp Business (tidak terlihat oleh audiens)
- Nama paparan WhatsApp Business (terlihat oleh audiens)
- Pilih kategori perniagaan
- Pilih zon masa anda
Selepas selesai, klik next
Langkah 12: Tambah nombor telefon anda untuk WhatsApp
- Membeli nombor telefon baru dari Telco (Disyorkan):
Dapatkan nombor baru dari penyedia Telco tempatan dan sambungkannya ke WhatsApp Business API melalui aliran penyediaan di EasyStore.
- Memindahkan nombor telefon WhatsApp Business yang sedia ada:
Anda boleh mengekalkan nombor telefon WhatsApp Business semasa. Walau bagaimanapun, anda mesti padamkan akaun WhatsApp Business yang sedia ada yang berkaitan dengan nombor tersebut (tanpa memasang semula aplikasi). Setelah dipadam, akaun hanya boleh diakses melalui EasyStore Inbox.
📌 Nota Penting:
Setelah selesai, anda boleh terus klik next
Langkah 13: Isikan **kod pengesahan / ** verification code & klik next
Langkah 14: Semak permintaan akses EasyStore Chat & klik continue
Langkah 15: Facebook akan mengambil beberapa ketika untuk mengesahkan akaun anda. Setelah selesai, anda sudah siap dan boleh klik finish
Langkah 16: Di panel admin anda, WABA ID akan diisi secara automatik. WhatsApp Business anda kini telah disediakan sebagai platform mesej, dan anda boleh terus klik Save!
Inilah cara ia akan muncul di panel admin setelah disambungkan.
3. Tetingkap perbualan peti masuk WhatsApp
Setelah anda berjaya menyambungkan platform WhatsApp Business dengan EasyStore, sebarang pertanyaan yang diterima melalui WhatsApp akan mencetuskan tetingkap perbualan.
Anda boleh membalas mesej terus dalam tetingkap perbualan ini.
💡 Tentang Tetingkap Perbualan
- Tetingkap Perbualan 24 Jam Pertama:
Anda boleh menghantar sebarang jenis mesej (bentuk bebas) dalam 24 jam pertama selepas perbualan bermula.
- Tetingkap Perbualan Selepas 24 Jam:
Jika tiada balasan atau mesej daripada pelanggan dalam tempoh 24 jam yang lepas, anda hanya boleh menghantar mesej template yang telah diluluskan oleh Meta.
---
4. Template Mesej
Pengguna hanya boleh menghantar mesej template jika tiada mesej diterima daripada pelanggan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Langkah 1: Pergi ke tetapan WhatsApp Business Platform > klik Templates
Langkah 2: Klik Add template
Langkah 3: Isikan butiran yang diperlukan
Langkah 3.1: Masukkan tajuk template & pengecam template
Langkah 3.2: Pilih kategori template mesej anda daripada tiga pilihan di bawah:
- Authentication - Gunakan ini untuk menghantar kod pengesahan bagi transaksi atau log masuk.
- Marketing - Kongsi promosi atau maklumat mengenai produk, perkhidmatan, atau perniagaan anda.
- Utility - Hantar kemas kini berkaitan dengan pesanan atau akaun sedia ada
Langkah 3.3: Pilih bahasa untuk template anda
Langkah 3.4: Masukkan kandungan template mesej anda
*Contoh template mesej yang ditambah dengan ruangan kustom: *
Langkah 4: Klik Save dan tunggu untuk Meta meluluskan template tersebut.
5. FAQ
Q: Pelan EasyStore mana yang termasuk pengurusan inbox WhatsApp?
A: Pengurusan inbox WhatsApp tersedia untuk Business Plan dan Retail Plan EasyStore.
Lebih banyak ciri menarik menanti anda dalam pelan Business dan Retail. Ketahui lebih lanjut
Q: Apakah platform lain yang disokong untuk pengurusan inbox mesej?
A: Pengurusan inbox mesej EasyStore juga menyokong platform berikut:
- Live Chat
- Messenger
- Line
- Telegram
📌 Ketahui lebih lanjut mengenai Messages Inbox di sini!
Updated on: 19/12/2024
Thank you!