Sistem Keahlian
Dalam artikel ini:
Pengenalan
Cipta tahap keahlian
Soalan Lazim yang Perlu Anda Tahu
1. Pengenalan
Dengan sistem keahlian, anda boleh mencipta beberapa peringkat keahlian berdasarkan tahap perbelanjaan pelanggan. Ini membolehkan peniaga mengenal pasti pelanggan yang paling setia. Selain itu, anda boleh menyediakan formula perolehan dan penebusan yang disesuaikan, membantu anda membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan setia dengan memberikan ganjaran eksklusif.
❗️Perkara Penting Sebelum Mengaktifkan Program Kesetiaan
Jika anda telah membuat perubahan pada fail customers/account.liquid dan customers/order.liquid, pastikan untuk menetapkannya semula melalui Saluran > Kedai Online > Edit Source > Templates.
Cipta Tahap Keahlian
📌Nota Penting:
Tahap keahlian yang berbeza tidak boleh menggunakan nama keahlian yang sama
Tahap keahlian yang berbeza tidak boleh mempunyai ambang kenaikan yang sama
Tier branding
Langkah 1: Log masuk ke panel admin EasyStore > Customers > Points & Membership > klik Get Started

Langkah 2: Tetapkan nama loyalty point anda & klik next

Langkah 3: Tetapkan kadar pengumpulan & penebusan loyalty point anda > klik enable loyalty point

Langkah 4 : Klik add membership tier

Langkah 5: Mulakan penjenamaan keahlian anda dengan memberikan nama dan tetapkan tempoh keahlian (seumur hidup atau tempoh tersuai)

Terdapat tiga pilihan untuk menetapkan tempoh sah keahlian yang disesuaikan:
3 bulan
6 bulan
12 bulan

Pada 1 Januari 2024, Pelanggan A menaik taraf keahlian mereka ke tahap Silver dengan tempoh sah 3 bulan. Walau bagaimanapun, Pelanggan A tidak memenuhi syarat perbelanjaan minimum untuk lanjutan automatik. Oleh itu, keahlian Silver mereka akan tamat pada 1 Mac 2024.
Langkah 6: Muat naik gambar kad keahlian. Anda boleh memilih untuk memuat naik logo atau gambar latar belakang untuk kad tahap.
Logo



Membership Upgrade
Langkah 7: Tetapkan syarat kenaikan / upgrade condition yang membolehkan ahli dinaikkan secara automatik ke tahap keahlian ini.

💡 Jika anda mempunyai beberapa tahap keahlian yang telah dicipta, syarat kenaikan untuk semua tahap akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas
📌 Nota:
Sistem hanya akan mengira pesanan yang telah dibayar sepenuhnya untuk jumlah pembelian terkumpul.
Setiap kali pesanan dibayar, jumlah pembelian keseluruhan akan dikira untuk memastikan pelanggan layak dinaik taraf ke tahap yang lebih tinggi.
Contoh Senario:
- 1 Januari 2024: Pelanggan B bermula pada tahap keahlian biasa (Tahap Silver memerlukan perbelanjaan terkumpul sebanyak RM 10,000 untuk dinaikkan)
- 2 Februari 2024: Pelanggan B membayar sepenuhnya untuk pesanan bernilai RM 600.
- 1 Mei 2024: Pelanggan B membayar sepenuhnya untuk pesanan bernilai RM 400, mencapai jumlah perbelanjaan terkumpul RM 1000 (RM 600 + RM 400). Dengan itu, mereka dinaikkan ke Tahap Silver.
Anda juga boleh menetapkan agar ahli dinaikkan secara automatik melalui satu pesanan apabila mereka membelanjakan jumlah yang telah anda tetapkan.

Langkah 8: Tetapkan jumlah perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk pelanjutan automatik, yang membolehkan pelanggan anda melanjutkan tahap keahlian mereka selepas tamat tempoh.

Contoh Senario:
- 1 Januari 2024: Pelanggan A dinaikkan ke tahap keahlian Silver dengan tempoh sah selama 6 bulan.
- 1 Mei 2024: Pelanggan A membuat dan membayar pesanan bernilai RM 500.
- 1 Jun 2024: Sistem mengesan bahawa keahlian Silver Pelanggan A telah tamat dan memastikan bahawa pelanggan memenuhi syarat untuk pembaharuan.
Hasilnya, keahlian Silver Pelanggan A diperbaharui.
📌 Nota: Anda hanya akan dapat melihat ciri lanjutan keahlian ini sekiranya anda telah menetapkan tempoh keahlian untuk mempunyai tempoh khusus.
Membership Perks / Faedah Keahlian
Langkah 9: Anda boleh menetapkan formula mata eksklusif untuk setiap/tahap keahlian tertentu dan menetapkan tarikh luput mata (pilihan).

💡Setiap tahap keahlian boleh mempunyai formula mata yang berbeza
Ketahui cara sistem mata / point berfungsi di sini
Langkah 10: Anda juga boleh menetapkan diskaun eksklusif khusus untuk ahli setia di bawah tahap keahlian tertentu!

Contoh:

Step 11: Simpan!
3. Soalan Lazim yang Perlu Anda Tahu
S: Pelan EasyStore mana yang termasuk ciri sistem Keahlian?
J: Ciri sistem keahlian tersedia dalam Pelan Business dan ke atas.
⭐️ Lebih banyak ciri menanti anda dalam Pelan Business ⭐️
Terokai sekarang
S: Bolehkah sesuatu tahap keahlian dipadamkan?
J: Ya, mana-mana tahap keahlian yang telah dicipta boleh dipadamkan. Namun, jika ada pelanggan yang masih tergolong dalam tahap tersebut, tahap keahlian tersebut tidak boleh dipadamkan.
S: Bagaimana untuk menukar tahap keahlian pelanggan secara manual?
J: Anda boleh menukar tahap keahlian pelanggan melalui:
Panel Admin EasyStore > Customers > Klik pada nama pelanggan > Edit profil > Membership tier
GIF sebagai rujukan

S: Berapa banyak tahap keahlian yang boleh dicipta?
Pelan Business: sehingga 3 tahap keahlian
Pelan Growth: sehingga 5 tahap keahlian
Pelan Success: sehingga 10 tahap keahlian
Updated on: 05/12/2024
Thank you!