Tambah lebih daripada 4 slider
Dalam artikel ini:
- Pengenalan
- Bahagian 1 - Edit fail config / settings_schema.json
- Bahagian 2 - Edit fail config / settings_data.json
- Bahagian 3 - Edit fail snippets/slider.liquid
1. Pengenalan
Ini adalah panduan untuk mempunyai lebih banyak slider pada website anda. Tiada pengetahuan koding diperlukan. Cuma ikut langkah-langkah di bawah untuk menambah lebih banyak slider.
Faedah slider :
- Boleh menyerlahkan lebih banyak produk
- Mampu memberikan lebih banyak maklumat
- Meningkatkan jualan
__________________________________________________________________
2. Bahagian 1 - Edit fail config / settings_schema.json
Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai Online > Mengubahkan sumber > config > config / settings_schema.json (fail terakhir di sidebar kiri)
Langkah 2 : Cari < "label": "Social media"> (sekitar baris 740 - 745) dan cari pendakap persegi ' ] '.
Langkah 3 : Tambah < , "number" : 10> di belakang pendakap persegi. Ini akan meningkatkan jumlah slider anda hingga 10.
Langkah 4 : Klik butang 'Simpan' di sebelah kanan atas
__________________________________________________________________
3. Bahagian 2 - Edit fail config/settings_data.json
Langkah 1 : Pergi ke config/settings_data.json.
Langkah 2 : Cari < "slide_4_alt": "",>.
Langkah 3 : Tampalkan kod di bawah selepas slide_4_alt": "",
`` "slide_(number)": "","slide_(number)_jpg": "","slide_(number)_link": "","slide_(number)_alt": "", ``
Langkah 4 : Klik butang 'Simpan' sekali lagi
__________________________________________________________________
4. Bahagian 3 - Edit fail snippets/slider.liquid
Langkah 1 : Pergi ke snippets/slider.liquid di bawah kategori snippets.
Langkah 2 : Tukar nombor dari < 4> ke < 10> seperti yang ditunjukkan di bawah:
Langkah 3 : Simpan
Langkah 4 : Kini anda akan dapat memuat naik sehingga 10 slider.
Updated on: 03/10/2022
Thank you!