Tetapkan Borang Pesanan Whatsapp & LINE
Di dalam artikel ini:
Informasi penting
Cara menetapkan Borang Pesanan Whatsapp/Line
Shortlink Checkout untuk Borang Pesanan WhatsApp / LINE
Tips
1. Informasi penting
Borang Pesanan WhatsApp tidak menyokong promosi pada waktu sekarang. Harga yang ditunjukkan pada borang pesanan adalah harga asal sahaja.
Urutan produk untuk Borang Pesanan WhatsApp adalah berdasarkan bila produk diterbitkan ke Online Store. Produk yang paling awal diterbitkan akan sentiasa muncul di bahagian atas.
Pelanggan boleh memilih bahasa pilihan untuk membeli di Borang Pesanan WhatsApp/Line. Bahasa sokongan terkini ialah Bahasa Inggeris, Mandarin Ringkas, Mandarin Tradisional & Thai
Jika anda telah aktifkan gerbang pembayaran atau logistik pihak ketiga, pelanggan akan meneruskan ke halaman pembayaran biasa dengan mengikut bahasa yang telah ditetapkan di Tetapan > Umum > Keutamaan Sistem > Bahasa Kedai Dalam Talian
2. Cara menetapkan Borang Pesanan WhatsApp/LINE
Langkah 1 : Admin panel > Saluran > Whatsapp atau Line > Cipta borang pesanan
Langkah 2 : Isi nama paparan dan nombor telefon anda yang akan menerima pesanan
Langkah 3 : Simpan
Langkah 4 : Kembali ke Borang Pesanan > Tambah borang pesanan
Langkah 5 : Masukkan tajuk (rujuk imej di bawah)> Pilih produk untuk borang anda
Langkah 6 : Pilih maklumat yang anda perlukan dari pelanggan
Langkah 7 : Simpan > Dapatkan pautan borang pesanan anda.
Langkah 8 : Kongsi pautan ini kepada pelanggan anda dan mula menerima pesanan melalui WhatsApp dan LINE!
Anda juga boleh mengikuti video tutorial kami di bawah untuk cipta Borang Pesanan Whatsapp:
3. Shortlink Checkout untuk Borang Pesanan WhatsApp / LINE
Checkout ringkas ini tersedia jika anda tidak mengaktifkan kaedah penghantaran, pickup & pembayaran. Pelanggan akan diarahkan ke 'Shortlink Checkout' untuk membayar pesanan jika anda tidak mengaktifkannya antara 3 tetapan tersebut. Jika salah satu dari 3 ini diaktifkan, pelanggan akan teruskan ke halaman checkout normal untuk bayar pesanan tersebut.
Apabila pelanggan membuat pesanan di shortlink checkout ini, pelanggan tidak perlu mengisi butiran seperti alamat penghantaran atau memilih kaedah pembayaran kerana anda tidak mengaktifkannya. Anda akan menerima pesanan borang pesanan sebagai pesanan yang belum dibayar.
Anda perlu menyelaraskan pembayaran atau penghantaran antara anda & pelanggan anda. Berikut adalah link bagi demo untuk checkout ringkas
Shortlink Checkout
4. Tips (Masukkan kod rujukan dalam borang pesanan WhatsApp & LINE)
Anda boleh masukkan kod tersuai untuk rujukan di pautan borang pesanan WhatsApp & LINE. Boleh rujuk panduan ini di sini untuk menetapkankan rujukan.
Langkah 1 : Salin kod di belakang pautan rujukan
Langkah 2 : Tampalkan kod rujukan tersebut di hujung pautan borang pesanan. Kemudian anda boleh mengesan pautan borang pesanan dari rujukan anda
Updated on: 30/09/2022
Thank you!