Tetapkan Program Referal

Dalam artikel ini:
Apakah Pemasaran Referal?
Langkah-langkah untuk mencipta referal baru
Di mana anda boleh mendapatkan laporan referal anda?


1. Apakah Pemasaran Referal (Referral Marketing)



Pemasaran Referal adalah ciri yang cepat dan mudah untuk perniagaan yang ingin meningkatkan jualan mereka melalui pemasaran referal. Anda boleh menjana pautan unik untuk orang yang berbeza (contohnya influencer, ejen, jurujual, rakan) dan menetapkan peratusan komisen yang berbeza. Komisen akan dikira secara automatik dan dipaparkan di halaman tetapan referal, halaman pesanan, dan juga fail eksport pesanan.

💡Tahukah anda, 92% pengguna cenderung mempercayai rujukan daripada orang yang mereka kenali, dan orang adalah 4 kali lebih berkemungkinan untuk membeli produk atau perkhidmatan apabila dirujuk oleh rakan?

📌Nota: Pelan ini hanya terdapat di pelan Business & pelan Growth sahaja

2. Langkah-langkah untuk mencipta referal baru



Langkah 1: Panel Admin EasyStore > Channels > Referral Program > klik Enable Referral Marketing


Langkah 2: Klik Add Referral


Langkah 3: Isikan semua maklumat untuk mengurus referal


Langkah 4: Tetapkan tetapan komisen anda

Pilihan komisen - Mengikut peratus atau jumlah (akan mengikut mata wang lalai dari panel pentadbiran EasyStore anda > Settings > Currencies Klik di sini untuk maklumat lanjut)
Masukkan jumlah pembelian minimum yang diperlukan untuk memperoleh komisen. (Jika anda tidak ingin menetapkan minimum, biarkan kolum jumlah pembelian minimum sebagai '0' )
Bilangan hari yang diperlukan untuk komisen disahkan / diluluskan (Jika komisen disahkan serta-merta, masukkan '0' hari untuk tempoh menunggu)


Langkah 5: Simpan! Setelah disimpan, anda akan dapat melihat 4 bahagian baru:

Pautan Referal
Komisen
Dashboard
Pembayaran

\n Langkah 6: Anda kini boleh salin pautan dan kongsikan dengan referal anda untuk memulakan promosi!

💡 Tips:
Anda kini boleh salin pautan referal untuk Online Store , WhatsApp, LINE, WeChat, dan Telegram Order Form
Pastikan anda telah mengaktifkan saluran yang berkaitan untuk mendapatkan pautan referal.

\n Bagaimana komisen rujukan diperoleh?
Komisen referal dikira berdasarkan jumlah subtotal pesanan. Sebagai contoh, jika subtotal pesanan adalah RM100 dan kadar komisen rujukan adalah 10%, maka rujukan akan memperoleh RM10.
Sila ambil perhatian bahawa komisen dikira berdasarkan harga produk sahaja dan tidak termasuk kos penghantaran, cukai, atau yuran transaksi.

Langkah 7: Lepaskan bayaran / payout

Anda boleh klik Add Payout untuk melepaskan komisen. Isikan nama (boleh diedit) & jumlah yang sewajarnya. Setelah anda menyimpannya, jumlah komisen yang telah dibayar akan dikemas kini serta-merta!

GIF sebagai rujukan:



3. Di mana anda boleh mendapatkan laporan referal anda?


Jika terdapat sebarang jualan yang dirujuk oleh mereka, anda boleh melihatnya di:

Halaman tetapan referal > di bawah Komisen & Dashboard (untuk jumlah komisen yang disahkan)


Anda juga boleh melihat jumlah keseluruhan komisen yang diperoleh oleh referal dalam senarai referal.


Halaman Pesanan (dalam butiran pesanan)

Anda boleh melihat komisen rujukan (contohnya, RM7.60) dalam butiran pesanan hanya apabila status pembayaran pesanan ditandakan sebagai berbayar (paid). Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Status Pesanan.


Selain itu, emel akan dihantar secara automatik kepada rakan referal anda sebaik sahaja pesanan referal mereka ditandakan sebagai BERBAYAR (paid) . Emel ini berfungsi sebagai pemberitahuan untuk memaklumkan bahawa pesanan referal mereka telah diterima.


Fail eksport pesanan Anda boleh mengeksport fail pesanan dan menapisnya (filter) menggunakan referral code untuk memudahkan penjejakan.

Updated on: 06/12/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!