Articles on: Pengurusan Pesanan

Apa itu POS?



______________________________________________________________

**Pengenalan**



Titik Jualan POS membenarkan anda menggunakan seluruh EasyStore sebagai Sistem Titik Jualan POS. Sebagai pengetahuan anda kedai online anda ada pengurusan pesanan, pengurusan pelanggan dan inventori. Sistem Titik Jualan POS baru ini membernarkan anda untuk menyatukan operasi kedai fizikal dan menggunakan pengurusan yang sama. Anda cuma perlukan satu sistem sahaja untuk kedua-dua kedai online dan kedai fizikal.

Jika anda menggunakan EasyStore untuk menjual secara online di laman web anda, dan anda juga muat naik semua produk anda daripada kedai fizikal kepada kedai onlin anda. Ini bermakna anda ada nilai stok (inventori) yang sama. Contoh: Di kedai online anda ada 4 beg dan kedai fizikal anda   juga ada 4 beg.

Situasi 1: Pelanggan anda melawati laman web anda dan membeli 1 beg. Di EasyStore panel admin anda, pesanan mereka telah direkod dan inventori anda akan ditolak secara automatik. Disini inventori anda telah tinggal 3 beg. Kemudian ada pelanggan pergi ke kedai fizikal anda dan mereka hendak membeli 4 beg. Anda memasuki ke panel admin EasyStore dan lihat hanya tinggal 3 beg sahaja. Ini bermakna anda mengelak daripada lebihan jualan.

Situasi 2 : Pelanggan anda memasuki kedai fizikal anda dan membeli 4 beg. Anda menggunakan Titik Jualan POS untuk rekod jualan anda dan invetori akan ditolak dalam EasyStore Panel Admin anda secara automatik. Dalam masa yang sama ada pelanggan sedang lihat produk yang sama dan mereka hendak membelinya tetapi apabila di troli mereka ia akan tunjuk produk telah habis dijual. Ini juga bermakna anda mengelak daripada lebihan jualan.

Oleh kerana ia berasaskan web, anda juga boleh menggunakan ini di peristiwa jualan atau gerai-gerai anda. Jika ada pembelian semasa anda membuka gerai, anda boleh akses EasyStore Titik Jualan POS dengan menggunakan telefon bimbit dan hanya masukkan pembelian. Ia akan kemas kini di EasyStore Panel Admin anda secara automatik.

EasyStore Sistem Titik Jualan POS ini akan menyatukan inventori, jualan, data pelanggan anda. Supaya anda boleh mengelak daripada jualan lebih dan dapatkan gambaran keseluruhan perniaggan anfa daripada satu sumber

______________________________________________________________

**Integrasi Perkakasan**



Buat masa ini kami tidak menyediakan apa-apa perkakasan dengan sistem kami. Oleh kerana kami hanya berasas kepada keseluruhan kedai online dan akan mengambil masa untuk selesaikan Sistem Titik Jualan POS sepenuhnya. Sekarang anda boleh guna POS melalui aplikasi EasyStore Mobile juga

Muat turun aplikasi sekarang!

Play Store: https://bit.ly/3dxG1mz

App Store: https://apple.co/2yKwOZa

HUAWEI AppGallery : https://appgallery.huawei.com/#/app/C102551135

Oleh itu, kebolehan penggunaan perkakasan hanya serasi degnan peranti ang anda menggunakan untuk akses EasyStore Titik Jualan POS. Pasukan pembangunan kami telah mula bekerja pada perkara keserasian ini dan menguji perkakasan yang berbeza. Sekarang anda boleh menggunakan mana-mana pengimbas barkod dengan EasyStore Titik Jualan POS asalkan alat peranti anda menyokong pengimbas barkod. Contohnya, anda menggunakan desktop untuk akses kepada EasyStore Titik Jualan POS, anda boelh menggunakan USB pengimbas barkod kerana EasyStore sokong input barkod pada produk anda.

Mesin pencetak pula, buat masa ini anda boleh cetak invois daripada panel kawalan asal. Checkout yang telah dibuat oleh EasyStore Titik Jualan POS akan direkod di dalam Panel Admin "Pesanan" anda dan disitu anda boleh cetak invois anda. Buat masa in mencetak invois hanya untuk saiz A4 tetapi fungsi pencetak EasyStore Titik Jualan POS masih dalam pembinaan dan akan erasi dengan pencetak resit.

Kami masih tidak memulakan degnan penyatuan alat daftar tunai, tetapi kami masih berbincang untuk membuatkannya. Untuk terminal kad kredit mudah alih, kami hanya membuat partnership dengan penyedia perkhidmatan mpos. Kami akan memperkenalkan terminal kad kredit mudah alih dengan MPay dalam masa terdekat. Anda boleh lihat pada penyedia lain seperti Ezywire dan m-pos oleh Maxis + Maybank. Sesetengah daripada Pedagang EasyStore telah menggunakan terminal kad kredit mudah alih seperti yang saya beritahu

Artikel berkenaan :



Aplikasi POS mudah alih

Updated on: 20/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!