Diskaun - Kuantiti pembelian minimum (produk terpilih)
Terdapat di dalam plan:
Free trial
Lite
Standard
Business
Artikel ini mengandungi :
Tentang diskaun ini beserta contoh
Membuat promosi
Tetapan promosi
Syarat tambahan
1. Tentang diskaun ini beserta contoh
1.1 Diskaun ini akan memberikan potongan untuk minimum kuantiti yang dibeli bagi produk terpilih.
Contoh:
Dapatkan dress dengan harga $20 jika beli 2 helai dan ke atas. Harga asal : $50
Jika pelanggan membeli 3 helai dress, pengiraan akan menjadi = $20 + $20 + $20
2. Membuat promosi
2.1 2.1 Pergi ke EasyStore Admin > Promosi > Tambah promosi > Pilih Potongan 20% dengan minimum perbelanjaan 2 epal.
2.2 Masukkan tajuk promosi yang dikehendaki ::
Tajuk promosi - untuk rujukan anda sahaja, tidak ditunjukkan kepada pelanggan.
Tajuk paparan di kedai atas talian - akan dipaparkan kepada pelanggan di pelbagai halaman
3. Promotion settings
Terpakai untuk
Pilih produk / varian / koleksi yang akan diberi potongan (jika tidak terdapat dalam senarai drop-down, masukkan nama di bar carian untuk mencari item).
Kuantiti minimum untuk mendapatkan diskaun
X, di mana pembelian X item terpilih atau ke atas akan mendapat ptongan untuk semua item terpilih
Pilihan diskaun
Potongan mengikut peratusan - diskaun sebanyak Y% dari harga barang
Potongan dengan jumlah tetap - diskaun sebanyak $ Y dari harga barang
Tetapkan kepada jumlah tetap - diskaun kepada jumlah tetap $ Y
Tarikh aktif
Tetapkan tarikh mula promosi. Untuk menetapkan tarikh tamat promosi, nyah tanda 'Tanpa tarikh luput' dan kotak pilihan akan muncul.
4. Syarat tambahan
4.1 Syarat-syarat ini adalah pilihan dan anda boleh membiarkannya sebagai lalai sekiranya tidak berkaitan.
4.2 Sekiranya berkenaan, pesanan yang memenuhi semua syarat dalam tetapan promosi di atas juga harus memenuhi syarat tambahan di bawah untuk menikmati promosi.
Kod baucer - jika berkenaan, pelanggan mesti menggunakan kod baucar semasa pembayaran
Sasar pelanggan - siapa yang boleh menggunakan promosi ini
Had penggunaan stor - berapa kali promosi ini dapat digunakan secara total
Had penggunaan bagi setiap pelanggan - berapa kali setiap pelanggan boleh menggunakan promosi ini
💡 Tips yang anda perlu tahu|||
Setelah selesai, anda boleh merujuk Ringkasan di sebelah kanan untuk mengesahkan sebelum menyimpan (setelah disimpan tidak dapat diedit).
Warna label promosi boleh diubah, rujuk guide untuk arahan.
Satu pesanan hanya boleh menggunakan satu kod baucer..
Updated on: 30/09/2022
Thank you!