Instagram Shopping

Dalam artikel ini:


Senarai semak sebelum anda mula
Sambungkan Facebook Page dengan akaun Instagram (jika anda sudah mempunyai Facebook Page sedia ada)
Langkah untuk sambungkan dengan Instagram Shopping
Hantar akaun anda untuk semakan oleh Instagram
Cara menambah butiran produk di Instagram
Apa yang anda perlu tahu?


1. Senarai semak sebelum anda mula



Instagram Shopping bukan salah satu saluran jualan EasyStore. Namun, jika anda ingin menjual produk EasyStore anda di Instagram Shopping, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut.

Pastikan negara/rantau anda tersenarai dalam senarai ketersediaan Instagram Shopping. Anda boleh menyemak akses pasaran di sini.

⚠️ Instagram Shopping TIDAK LAGI tersedia di MALAYSIA. Namun, anda masih boleh membuat katalog untuk menjalankan iklan (META Ads)

Hanya produk fizikal sahaja yang boleh dijual melalui Instagram Shopping.

Perniagaan anda mematuhi Dasar Perjanjian Pedagang Facebook & Dasar Perdagangan.

Pastikan perniagaan anda mematuhi Syarat Kelayakan Perdagangan.

Perniagaan anda memiliki domain laman web sendiri.

Jika anda menggunakan akaun peribadi, sila tukar kepada akaun profesional. Anda boleh merujuk panduan di sini.

Jika perniagaan anda memenuhi semua syarat di atas, sila teruskan dengan langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan Instagram Shopping untuk perniagaan anda.


2. Sambungkan Facebook Page dengan akaun Instagram (jika anda sudah mempunyai Facebook Page sedia ada)



Langkah 1: Pergi ke Facebook Page anda > Klik pada nama Facebook Page anda di bahagian atas kiri > klik Boost Instagram Post


Langkah 2: Klik Connect Account


Langkah 3: Klik Connect


Langkah 4: Pastikan untuk enable tetapan bagi membolehkan akses kepada mesej Instagram di inbox, kemudian klik Connect


Langkah 5: Login ke akaun Instagram anda


Langkah 6: Setelah selesai, ia akan kelihatan seperti ini & klik Done!





3. Langkah untuk sambungkan dengan Instagram Shopping



⚠️ Sila ambil perhatian bahawa Instagram Shopping TIDAK LAGI tersedia di Malaysia. Namun, anda masih boleh membuat katalog untuk menjalankan iklan.

Langkah 1: Sambungkan ke Facebook Page. Pergi ke profil Instagram perniagaan anda > Edit profile > Public business information > Page

📌 Nota:

Jika anda belum menyediakan Facebook Page, kami mengesyorkan mengikuti panduan terperinci di sini untuk menciptanya dengan mudah.
Harap maklum, Facebook Page Shop tidak diperlukan—hanya mempunyai Facebook Page sudah mencukupi untuk integrasi.



Langkah 2: Jika anda belum mempunyai Facebook Product Catalogue, anda boleh mengikuti panduan langkah demi langkah di sini untuk menciptanya dengan mudah.

Jika akaun Facebook anda sudah disambungkan dengan EasyStore, Facebook Product Catalogue akan dibuat secara automatik, dan semua produk dalam EasyStore anda akan diselaraskan secara lancar dengan Facebook Product Catalogue.


Anda boleh merujuk kepada panduan di bawah tentang cara menyambungkan Facebook dengan EasyStore:

Menyambung dengan Facebook (Bahagian 1: Panduan Persediaan)
Menyambung dengan Facebook (Bahagian 2: Ciri-ciri)

Langkah 3: ❗️ (UNTUK NEGARA TERPILIH SAHAJA DI MANA INSTAGRAM SHOPPING TERSEDIA)

Setup Instagram Shopping. Sila login ke akaun Instagram anda > Settings > Business > Set up Instagram shopping

Langkah 4: Setelah anda selesai dengan proses tersebut, sila hantar untuk semakan

4. Hantar akaun ada ke Instagram untuk semakan



\nSetelah anda menyambungkan Facebook Product Catalogue dan mempunyai produk dalam katalog anda, anda boleh menghantar akaun anda untuk semakan Instagram. Proses semakan akaun mungkin mengambil beberapa hari (boleh mengambil masa lebih lama kerana Instagram akan menyemak akaun anda).

Langkah 1: Pergi ke profil Instagram perniagaan anda dan pilih Settings

Langkah 2: Daftar untuk shopping

Langkah 3: Ikuti langkah-langkah untuk menghantar akaun anda untuk semakan

Langkah 4: Lawati Shopping dalam Settings anda untuk menyemak status semakan akaun anda

⚠️ Peringatan: Jika anda menghadapi sebarang isu dengan semakan akaun, sila hubungi Facebook Commerce Support untuk maklumat lanjut


5. Cara menambah butiran produk di Instagram



Langkah 1: Anda boleh mula memuat naik produk di halaman Instagram anda

Tambah imej produk anda > kapsyen > klik pada add product details


Langkah 2: Tambah Title & Price dan klik Done

Langkah 3: Setelah selesai, klik butang share

Posting anda akan kelihatan seperti ini

---


6. Apa yang anda perlu tahu?



Sesetengah perniagaan mungkin diberitahu untuk mengesahkan domain laman web anda. Jika anda menerima pemberitahuan ini daripada Instagram, anda boleh mengikuti langkah-langkah untuk menyelesaikan proses pengesahan domain bagi menghantar akaun anda untuk semakan.

Anda boleh merujuk panduan ini di sini untuk mengesahkan domain anda dengan Facebook.

Ini adalah proses lengkap mengenai Instagram Shopping. Jika semakan akaun anda menghadapi sebarang isu, sila hubungi pasukan Facebook atau Instagram untuk bantuan lanjut kerana mereka akan menyemak permohonan Instagram Shopping anda.

Instagram Shopping bukan salah satu saluran jualan EasyStore. Namun, jika anda ingin menjual produk EasyStore anda di Instagram Shopping, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan di atas.

Seterusnya, sambungkan akaun Facebook anda dengan EasyStore. Setelah berjaya disambungkan, produk dalam EasyStore akan diselaraskan secara automatik ke Facebook Product Catalogue anda.

Instagram Shopping akan menyemak produk anda daripada Facebook Product Catalogue anda. Anda boleh merujuk panduan ini di sini untuk maklumat lanjut.

Updated on: 20/12/2024

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!