Memasang templat tema
Artikel ini mengandungi:
- Memasang templat tema
- Memuat naik logo jenama
1. Memasang Templat Tema
Tema boleh dipasang hanya dalam beberapa saat sahaja. Apa yang anda cuma perlu buat adalah tekan Saluran > Kedai Online > Tema > Skroll sedikit ke bawah > Tekan butang
Tema.
Seterusnya, anda perlu mencari tema yang anda mahu atau tema yang anda fikir sesuai dengan kategori perniagaan anda > Pasang tema.
||📌 Perkara yang anda perlu tahu :
- Jika anda telah memadamkan tema secara tidak sengaja, tindakan itu tidak boleh diundur & ia tidak boleh dipulihkan.
- Kami tidak mengehadkan pemasangan tema untuk perniaga kami, anda boleh memasang seberapa banyak tema yang anda mahu & ubah sewajarnya mengikut musim atau perayaan.
- Anda boleh menyesuaikan tema anda pada halaman editor untuk logo, warna, saiz tulisan dan imej penggelongsor. Selebihnya juga boleh dilakukan melalui Edit Source jika anda mempunyai pengetahuan dengan kod html atau css.
2. Memuatnaik logo jenama
Logo jenama adalah sesuatu yang anda tidak boleh tinggal ketika membina kedai dalam talian jenama anda sendiri. Ini akan mengambil masa hanya satu minit.
Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai online > Tema > Ubah Suai
Langkah 2 : Pergi ke Logo > Tekan imej logo
Langkah 3 : Pilih imej > Simpan dan siap. Anda boleh rujuk GIF di bawah:
Untuk rujukan selanjutnya:
Sebaik sahaja selesai, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :
- Tambah produk anda
- Tetapkan kaedah pembayaran
- Tetapkan kaedah penghantaran
- Main peranan sebagai pelanggan
Updated on: 30/09/2022
Thank you!