Articles on: Senarai semak tetapan kedai atas talian

Selamat datang ke EasyStore!

Selamat datang ke EasyStore!



Artikel ini berjalan dengan anda melalui langkah pertama untuk menubuhkan kedai anda ( laman web anda ) di mana pelanggan anda boleh melayari produk anda, membuat pesanan dan bayaran kepada anda. Mempunyai permulaan yang baik dengan pengembaraan perniagaan atas talian anda. 😉

Dalam artikel ini:



Wujudkan kedai baru

Tambah domain tersuai


1. Wujudkan kedai baru



⚠️ Sebelum bermula, yang berikut adalah beberapa nota penting mengenai nama kedai :

Jika anda mendaftar menggunakan akaun Facebook atau Google, nama kedai akan mengikuti nama alamat e-mel anda sebelum @

Nama kedai akan digunakan oleh sistem secara automatik untuk menghasilkan satu domain percuma untuk kedai anda dalam format https://namakedai.easy.co

Anda boleh menukar nama kedai anda kemudian tetapi domain easy.co tidak boleh diubahkan selepas itu


Langkah 1 : Untuk mengwujudkan kedai, daftarkan satu kedai percubaan percuma 14 hari dengan kami. Sekarang anda mempunyai pilihan untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook atau Google, atau mendaftar dengan alamat e-mel.



Name kedai - Biasanya nama syarikat / jenama anda
Name depan & belakang - Ini akan menjadi nama profil pengguna anda. Satu kedai boleh mempunyai beberapa pengguna ( peranan kakitangan atau admin )
Negara - Negara anda
Alamat emel - Ini akan menjadi alamat e-mel berdaftar anda dengan EasyStore, anda boleh mengubahnya selepas itu
Kata laluan - Kata laluan anda harus mempunyai sekurang-kurangnya 9 aksara dan mesti termasuk huruf besar, huruf kecil dan nombor

Langkah 2 : Selepas berdaftar, anda boleh log masuk ke Admin EasyStore anda untuk mula menetapkan kedai anda, mereka bentuk kedai anda dan sebagainya.

Langkah 3 : Untuk melawat laman web anda, anda boleh klik Saluran > Kedai online dan klik 👁️ tersebut




Tambah domain tersuai

Kecuali domain easy.co yang percuma, anda juga boleh tambah domain tersuai seperti domain .com atau .my ke kedai anda ( disyorkan ). Terdapat dua kaedah:

2.1 Jika anda tidak memiliki sebarang domain, anda boleh mendaftar dan membeli domain tersuai baru melalui EasyStore, atau melanggan dengan kami dan menebus domain .com percuma satu tahun anda. 🎁

2.2 Jika anda sudah mempunyai domain anda sendiri ( dibeli dari pembekal domain pihak ke-3 yang lain ), anda boleh mengarahkan domain anda yang sedia ada ke kedai anda.

Maklumat lanjut mengenai domain tersuai boleh didapati di sini


Sebaik sahaja anda sudah dafter akaun bersama EasyStore, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :

Tambah produk anda

[[Tetapkan kaedah pembayaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-pembayaran-1i19c6e/)

[[Tetapkan kaedah penghantaran](/ms-my/article/tetapkan-kaedah-penghantaran-1w82prm/)

[[Memasang templat tema](/ms-my/article/memasang-templat-tema-b00f6y/)

[[Main peranan sebagai pelanggan](/ms-my/article/main-peranan-sebagai-pelanggan-q9jfa8/)

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!