Articles on: Senarai semak tetapan kedai atas talian

Tetapkan kaedah penghantaran

Dalam artikel ini:



Mengenai kaedah penghantaran

Mewujudkan zon

Tetapkan kaedah penghantaran untuk setiap zon

Aplikasi penghantaran berintegrasi ( mengira kadar penghantaran secara automatik )


1. Mengenai kaedah penghantaran



Kaedah penghantaran merujuk kepada bagaimana anda menghantar produk kepada pelanggan anda dan berapa banyak yang anda akan cajkan. Kaedah yang berbeza boleh berbeza dari segi :

Pembekal perkhidmatan kurier ( Pos Laju, Skynet, FedEx, dll. )

Kaedah pengiraan ( berdasarkan berat, berdasarkan kuantiti item, dll. )

Kadar ( RM7 setiap kg, RM5 setiap item, dll. )


2. Mewujudkan zon



2.1 Sebelum tetapkan kaedah penghantaran, anda perlu mewujudkan kawasan penghantaran anda yang kami panggil zon. Anda boleh memisahkan zon anda mengikut negara / negeri / kod zip, seperti yang anda suka.

2.2 Pergi ke Admin EasyStore > Tetapan> Pengiriman > Tambah zon penghantaran.



2.3 Namakan zon ini dan pilih negara zon ini.



2.4 Sebaik sahaja negara terpilih, anda akan diminta untuk pilih lagi sub-kawasan ( ikut poskod atau negeri ).

💡 Tips: satu poskod / negeri hanya boleh digunakan dalam satu zon sahaja

Masukkan poskod - tentukan zon anda dengan memasukkan poskod secara manual



Pilih dari senarai - tentukan zon anda dengan memilih dari senarai negeri




3. Tetapkan kaedah penghantaran untuk setiap zon



3.1 Seterusnya, tambahkan kaedah penghantaran untuk zon ini.

💡 Tips: satu zon boleh mempunyai beberapa kaedah penghantaran, anda boleh tambah lagi selepas melengkapi satu kaedah




3.2 Isikan tetapan untuk kaedah penghantaran ini. Anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ada panduan untuk menetapkan setiap kaedah penghantaran.

Kaedah penghantaran (Berdasarkan berat)
Kaedah penghantaran (Berdasarkan kuantiti produk))
Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap item)
Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap pesanan)

3.3 Simpan dan siap. Sekarang anda boleh teruskan untuk mengwujudkan zon yang seterusnya ( jika berkenaan ).


4. Aplikasi penghantaran berintegrasi ( mengira kadar penghantaran secara automatik )



Kecuali kaedah penghantaran yang ditentukan sendiri seperti di atas, anda juga dapat menghubungkan perkhidmatan kurir pihak ketiga di kedai anda dengan mudah melalui integrasi aplikasi penghantaran.

Faedah menggunakan aplikasi penghantaran:

Kira kadar penghantaran secara automatik dan kumpul dari pelanggan semasa checkout

Membolehkan anda memenuhi pesanan dan menempah perkhidmatan penghantaran terus dari pesanan EasyStore anda

Sokong percetakan airway bill ( tidak perlu ditulis tangan )

Sokong pemenuhan pukal dan pencetakan airway bill pukal


Perkhidmatan kurier terintegrasi buat masa kini:




Sebaik sahaja selesai, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :

Tambah produk anda

Tetapkan kaedah penghantaran

Memasang templat tema

Main peranan sebagai pelanggan





Artikel selanjutnya :

Sambungkan akaun EasyParcel

Connecting Lalamove Malaysia Account

Connecting Lalamove Singapore Account

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!