Selepas kemas kini baru-baru ini, aplikasi-aplikasi EasyParcel Rates dan EasyParcel Fulfillment telah digantikan dan kini digabungkan menjadi satu aplikasi tunggal. Panduan berikut menunjukkan langkah-langkah untuk anda menyambungkan akaun EasyParcel anda ke EasyStore anda.

Dalam artikel ini:

Pengenalan

Dapatkan kunci API integrasi

Sambungkan akaun EasyParcel ke kedai online anda

Dayakan widget self collect Pgeon

Dayakan kadar EasyParcel di checkout

1. Pengenalan

EasyParcel menyediakan penyelesaian mudah untuk tempahan perkhidmatan pengiriman. Platform ini membolehkan anda menempah penghantaran dari beberapa syarikat kurier di Malaysia pada kadar yang berpatutan. Bagaimana EasyParcel berfungsi di EasyStore

📌 Anda HARUS menyelesaikan langkah-langkah di bawah sebelum andamenggunakan aplikasi EasyParcel :

Tambahkan lokasi pickup anda di Tetapan > Lokasi. Anda boleh tutup lokasi tersebut jika anda tidak ingin membiarkan pelanggan untuk mengambil bungkusan mereka di sana, EasyParcel masih dapat menggunakan lokasi yang ditutupkan itu

Aplikasi ini hanya menggunakan MYR untuk pengiraan. Pastikan anda telah tambah MYR sebagai mata wang di Admin > Tetapan > Mata wang.

Aplikasi ini mengira kadar penghantaran berdasarkan berat produk, jadi pastikan anda sudah tetapkan berat untuk semua produk anda.

2. Dapatkan Integrasi ID EasyParcel

2.1 Log masuk akaun EasyParcel anda > kembangkan Integrasi di sebelah kiri dan pilih Tambah Stor Baru > EasyStore.



2.2 Kini anda akan diarahkan ke bahagian bawah skrin. Masukkan Nama Kedai dan URL kedai anda > tekan Hantar.



2.3 Kini anda sudah dapat ID iaitu kunci API untuk mengintegrasikan akaun EasyParcel di kedai anda.



3. Sambungkan akaun EasyParcel ke kedai online anda

3.1 Cari "EasyParcel" di bar carian aplikasi EasyStore kami > cari dan muat turun aplikasi EasyParcel Malaysia



3.2 Isikan butiran-butiran di bawah Setup.

Integration ID: Integration ID anda dari EasyParcel

Sender First and Last Name: Nama anda sebagai penghantar bungkusan

Mobile Phone: Nombor telefon anda

Company (Optional): Nama syarikat atau perniagaan anda



3.3 Pilih lokasi kedai anda di bawah Company information.

💡 Tips : Anda boleh tambah lokasi kedai di Admin > Tetapan > Lokasi



4. Dayakan widget self collect Pgeon

Fungsi self collect Pgeon membolehkan pelanggan anda ada pilihan untuk ambil bungkusan sendiri di Pgeon point.





5. Dayakan kadar EasyParcel di checkout

5.1 Dengan membolehkan kadar EasyParcel, kurir yang disokong oleh EasyParcel akan disenaraikan di halaman penghantaran checkout. Pelanggan boleh pilih dari senarai kurier dan kadar penghantaran yang dikehendaki. Anda tidak perlu menetapkan kadar penghantaran sendiri.



5.2 Anda boleh tambah caj tambahan kepada kadar-kadar tersebut. Contohnya kadar tetap bayaran pengendalian atau kadar mengikut peratusan jumlah pesanan serta membolehkan penghantaran percuma apabila jumlah pesanan melebihi jumlah pesanan minimum.



5.3 Anda juga boleh pilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan kadar penghantaran antarabangsa



5.4 Setelah semua ditetapkan, jangan lupa klik Simpan.





Artikel berkaitan :
Tuntut RM25 Kredit Percuma dari EasyParcel
Was this article helpful?
Cancel
Thank you!