Articles on: Penghantaran

Kenapa alamat tiada dalam zon penghantaran?



Pelanggan anda mungkin menghadapi isu tiada dalam zon penghantraan semasa di halaman checkout dan berikut adalah sebab mengapa:

1. Tiada Kaedah Penghantaran



Anda belum menambahkan kaedah penghantaran di Tetapan > Penghantaraan



2. Pelanggan memasukkan alamat penghantaran yang tidak berada di zon / kawasan yang anda tetapkan



Contoh : Anda telah menetapkan kaedah penghantaran hanya di dalam Malaysia, Pelanggan A membeli item dan memasukkan alamat penghantaran yang berada di Singapura. Oleh itu, kesalahan "tiada dalam zon" akan berlaku.

3. Poskod: Poskod yang diberikan oleh pelanggan tidak sesuai dengan kod pos pilihan anda



Contoh : Anda telah menetapkan 35638, 46500, 37281 sebagai zon poskod anda untuk kaedah penghantaran tetapi pelanggan memasukkan 89111 di alamat penghantaran. Oleh itu, kesalahan "tiada dalam zon" akan berlaku.



4. Alamat asal belum ditetapkan pada aplikasi EasyParcel Malaysia (yang juga sering menjadi sebab utama)





_____________________________________________________________

Panduan untuk menyelesaikan masalah "tiada dalam zon"

Penyelesaian 1 :

Tambahkan kaedah penghantaran. Anda boleh klik ke Tetapan> Penghantaran > Tambah Kaedah Penghantaran. Terdapat 4 kaedah penghantaran yang ada



Berikut adalah kaedah penghantaran:

Kaedah penghantaran (Berdasarkan berat)
Kaedah penghantaran (Berdasarkan kuantiti produk)
Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap item)
Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap pesanan)

Penyelesaian 2 :

Maklumkan pelanggan mengenai zon penghantaran yang anda memberikan perkhidmatan penghantaraan. Anda dapat menampilkan pilihan penghantaran di halaman kandungan

Contoh :



Penyelesaian 3 :

Pastikan anda sudah menetapkan alamat asal jika anda telah memasang aplikasi EasyParcel Malaysia sebagai salah satu kaedah penghantaran anda.

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!