Articles on: Penghantaran

Kadar penghantaran yang berbeza untuk negara/negeri yang berbeza

Dalam artikel ini:



Pengenalan

Contoh senario

Bahagian 1 : Tetapkan Zon A ( contohnya Semenanjung Malaysia ) dan kaedah penghantarannya

Bahagian 2: Tetapkan Zon B ( contohnya Sabah & Sarawak ) dan kaedah penghantarannya


1. Pengenalan



Sudah tentu salah satu manfaat perniagaan e-dagang ialah anda boleh jual ke sebanyak kawasan yang mungkin = kepada seramai pelanggan yang mungkin. Oleh itu kami tahu anda mungkin perlu menetapkan kadar penghantaran yang berbeza untuk kawasan yang berbeza, yang kami panggil zon. Anda boleh membezakan zon-zon berdasarkan negara / negeri / poskod, seperti yang anda suka. Berikut adalah panduan bagaimana untuk menetapkan kadar-kadar yang berbeza ini.


2. Contoh senario



Anda ingin menetapkan kos penghantaran yang berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak.


3. Bahagian 1 : Tetapkan Zon A ( contohnya Semenanjung Malaysia ) dan kaedah penghantarannya



Langkah 1 : Tambah zon A ( Semenanjung Malaysia ). Pergi ke Admin EasyStore > Tetapan> Pengiriman > Tambah zon penghantaran.



Langkah 2 : Namakan zon ini dan pilih negara zon ini.

💡 Tips : Pastikan nama zon mudah diingat untuk kegunaan masa depan anda sendiri



Langkah 3 : Sebaik sahaja negara terpilih, anda akan diminta untuk pilih lagi sub-kawasan ( ikut poskod atau negeri ).

💡 Tips : satu poskod / negeri hanya boleh digunakan dalam satu zon sahaja

Masukkan poskod - tentukan zon anda dengan memasukkan poskod secara manual



Pilih dari senarai - tentukan zon anda dengan memilih dari senarai negeri



Langkah 4 : Seterusnya, tambahkan kaedah penghantaran untuk zon ini.

💡 Tips: satu zon boleh mempunyai beberapa kaedah penghantaran, anda boleh tambah lagi selepas melengkapi satu kaedah



Langkah 5 : Isikan tetapan untuk kaedah penghantaran ini. Anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ada panduan untuk menetapkan setiap kaedah penghantaran.

Kaedah penghantaran (Berdasarkan berat)
Kaedah penghantaran (Berdasarkan kuantiti produk)
Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap item)
Kaedah penghantaran (Kadar rata setiap pesanan)

Langkah 6 : Simpan dan siap dengan zon A ( Semenanjung Malaysia ).


4. Bahagian 2: Tetapkan Zon B ( contohnya Sabah & Sarawak ) dan kaedah penghantarannya



Langkah 1 : Kembali ke Admin EasyStore  > Tetapan > Pengiriman > Tambah zon penghantaran untuk tambah zon B yang baru ( Sabah & Sarawak ).

💡 Tips: anda dapat lihat anda telah tambah zon A ( Semenanjung Malaysia )



Langkah 2 : Namakan zon ini dengan nama yang berbeza dan pilih negara zon ini.



Langkah 3 : Sama, anda akan diminta untuk memilih sub-kawasan lagi.

💡 Tips: anda tidak boleh pilih negeri yang terpilih di zon A ( Semenanjung Malaysia ), kerana satu poskod / negeri hanya boleh digunakan dalam satu zon sahaja



Langkah 4 : Ulangi langkah 3.4 & 3.5 di atas.

Langkah 5 : Simpan dan siap dengan zon B ( Sabah & Sarawak ).


Kini anda mempunyai dua zon penghantaran dengan kadar yang berbeza!

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!