Dalam artikel ini

Penghantaran percuma untuk setiap produk

Penghantaran percuma untuk jumlah pesanan

Penghantaran percuma untuk jumlah pesanan (EasyParcel)

1. Penghantaran percuma untuk setiap produk

Langkah 1 : Log masuk ke Admin Panel EasyStore > Produk

Langkah 2 : Klik Produk



Langkah 3 : Skrol ke bahagian Penghantaran > Klik petak [ Penghantraan percuma dengan produk ini ] > Simpan



Bagaimanakah ia berfungsi?

Contoh A

Emma membeli Produk A & Produk B dari kedai anda.

Kadar penghantaran kedai anda:

Berdasarkan kuantiti item - RM 8 / item

Produk A - Penghantaran percuma

Produk B - Bayaran penghantaran biasa

Emma akan membayar RM 8 dan bukannya RM 16 untuk kos penghantaran.

______________________________________________________________

Contoh B

Emma membeli Produk A, Produk B & Produk C dari kedai anda.

Kadar penghantaran kedai anda:

Berdasarkan berat - 10 kg pertama = RM 10; 1kg seterusnya = tambah RM 5

Produk A - 4 kg

Produk B - 4 kg

Produk C - 4 kg (Penghantaran percuma)

Emma akan membayar RM 10 dan bukannya RM 20 untuk kos penghantaran.

______________________________________________________________

Contoh C

Emma membeli Produk A dan Produk B

Produk A - Penghantaran Percuma (Topi Putih Cute + Seluar Pendek

Produk B - Bayaran Penghantaran Biasa (Penyorot Pastel (10 dalam satu set))

Kedua-dua produk akan dikenakan bayaran penghantaran



2. Penghantaran percuma untuk jumlah pesanan

Langkah 1 : Log masuk ke Admin panel EasyStore > Tetapan > Penghantaraan > Pilih zon penghantaran



Langkah 2 : Skrol ke bawah dan tick di petak "Penghantaran percuma apabila jumlah pesanan sama atau lebih'

📌 Nota : Apabila pelanggan anda membeli jumlah yang sama atau melebihi jumlah yang anda masukkan, mereka tidak akan dikenakan bayaran penghantaran.



Langkah 3 : Simpan


3. Penghantaran percuma untuk jumlah pesanan (EasyParcel)

Langkah 1 : Log masuk ke Admin panel EasyStore > Aplikasi > Pilih aplikasi EasyParcel Malaysia

Langkah 2 : Masukkan jumlahnya dalam penghantaran percuma apabila jumlah pesanan sama dengan atau lebih

📌 Nota : 0 maksudnya penhantaran percuma dinyahdayakan



Langkah 3 : Simpan

💡 Tips : Selain daripada EasyParcel Malaysia, aplikasi Ninja Van yang baharu juga menawarkan pilihan penghantaran percuma untuk jumlah pesanan.

Was this article helpful?
Cancel
Thank you!