Articles on: Senarai semak tetapan kedai atas talian

Memasang templat tema



Artikel ini mengandungi:



Memasang templat tema

Memuat naik logo jenama


1. Memasang Templat Tema



Tema boleh dipasang hanya dalam beberapa saat sahaja. Apa yang anda cuma perlu buat adalah tekan Saluran > Kedai Online > Tema > Skroll sedikit ke bawah > Tekan butang
Tema.



Seterusnya, anda perlu mencari tema yang anda mahu atau tema yang anda fikir sesuai dengan kategori perniagaan anda > Pasang tema.



||📌 Perkara yang anda perlu tahu :

Jika anda telah memadamkan tema secara tidak sengaja, tindakan itu tidak boleh diundur & ia tidak boleh dipulihkan.

Kami tidak mengehadkan pemasangan tema untuk perniaga kami, anda boleh memasang seberapa banyak tema yang anda mahu & ubah sewajarnya mengikut musim atau perayaan.

Anda boleh menyesuaikan tema anda pada halaman editor untuk logo, warna, saiz tulisan dan imej penggelongsor. Selebihnya juga boleh dilakukan melalui Edit Source jika anda mempunyai pengetahuan dengan kod html atau css.




💡 Tips: Anda boleh melihat ciri-ciri tema setiap tema dengan lebih terperinci dari halaman tema kami di sini


2. Memuatnaik logo jenama





Logo jenama adalah sesuatu yang anda tidak boleh tinggal ketika membina kedai dalam talian jenama anda sendiri. Ini akan mengambil masa hanya satu minit.

Langkah 1 : Pergi ke Admin EasyStore > Saluran > Kedai online > Tema > Ubah Suai



Langkah 2 : Pergi ke Logo > Tekan imej logo



Langkah 3 : Pilih imej > Simpan dan siap. Anda boleh rujuk GIF di bawah:



💡 Tips : Ada boleh tekan Saluran > Kedai Online dan tekan butang disini untuk pratonton website anda.



Untuk rujukan selanjutnya:



Sebaik sahaja selesai, anda boleh mula menyemak langkah-langkah di bawah sebagai persediaan membina kedai online :

Tambah produk anda

Tetapkan kaedah pembayaran

Tetapkan kaedah penghantaran

Main peranan sebagai pelanggan

Updated on: 30/09/2022

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!